Announcement

PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PEJABAT JPN DAERAH KUNAK DAN JPN CAWANGAN TUNGKU

Pejabat JPN Daerah Kunak dan JPN Cawangan Tungku akan ditutup sementara pada 17 September 2020 sehingga 18 September 2020 bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Komunikasi Korporat JPN Negeri Sabah di talian 088-488365 atau emel kepada jpnpppsabah@jpn.gov.my.

Read more...

PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT JPN CAWANGAN UTC TAWAU DAN JPN DAERAH LAHAD DATU

Pejabat JPN Cawangan UTC Tawau dan JPN Daerah Lahad Datu akan ditutup pada 12 hingga 20 September 2020 untuk memastikan keselamatan orang awam serta petugas JPN terhindar daripada jangkitan Covid-19.

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN Negeri Sabah di talian 088-488300 / 088-488301 atau hantarkan emel kepada adminkinabalu@jpn.gov.my

Read more...

PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI JPN NEGERI KEDAH DAN CAWANGAN UTC KEDAH

Penutupan sementara operasi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, (JPNM) Negeri Kedah di Kompleks KDN Anak Bukit serta pejabat JPNM Cawangan UTC Kedah di City Plaza, Alor Setar DITUTUP dari 11 September hingga 25 September 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
Walau bagaimanapun, pejabat-pejabat JPNM di daerah lain di Negeri Kedah masih lagi beroperasi seperti biasa dengan waktu berurusannya adalah seperti berikut:
1. Pejabat JPNM Cawangan Daerah Pokok Sena, Jitra, Padang Terap, Yan, Sik, Baling, Kulim, Langkawi dan RTC/PKD (RTC) Napoh:
8.00am-5.00pm (AHAD-RABU)
8.00am-3.30pm (KHAMIS)
2. Pejabat JPNM Cawangan UTC Sungai Petani:
8.00am-9.00pm (AHAD-KHAMIS)
8.00am-5.00pm (JUMAAT-SABTU)
3. Pejabat JPNM Cawangan Daerah Bandar Baharu.
8.00am-5.00pm (ISNIN-RABU)
8.00am-3.30pm (KHAMIS)
*AHAD – PEJABAT BANDAR BAHARU DITUTUP*. UNTUK ITU SILA BERURUSAN DI PEJABAT JPNM CAWANGAN KULIM.
Sebarang pertanyaan berkaitan orang ramai boleh menghubungi JPN Kedah ditalian 04-7355 744, 04-7314 585 atau emel ke pppkedah@jpn.gov.my.
Read more...

PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PEJABAT JPN CAWANGAN UTC KEDAH

Pejabat JPN Cawangan UTC Kedah akan ditutup sementara pada 11 hingga 25 September 2020 disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar, Kedah.

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi JPN Kedah di talian 04-7355744, 04-7314585 atau emel kepada pppkedah@jpn.gov.my.

Read more...

MAKLUMAN PENUTUPAN CAPAIAN SISTEM GANTIAN MYKAD DALAM TALIAN JPN PADA 20 OGOS 2020

Capaian Sistem Gantian MyKad Dalam Talian JPN ataupun MyKad Ganti akan ditutup sempena Cuti Am Awal Muharram pada 20 OGOS 2020 (KHAMIS) .

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN Putrajaya di talian 03-88807077 atau hantarkan emel pertanyaan kepada pro@jpn.gov.my

Read more...

MAKLUMAN PEMBUKAAN CAWANGAN BARU JPN DI UTC PULAU PINANG

Pejabat baru JPN Cawangan UTC Pulau Pinang sudah mula beroperasi secara temujanji. Permohonan temujanji boleh dibuat di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Komunikasi Korporat JPN Ibu Negeri Pulau Pinang di talian 04-2265161 / 04-2282150 / 04-2264701 atau hantarkan emel kepada ppppenang@jpn.gov.my .

Read more...
Font Resize
X