Announcement

PEMBERITAHUAN PEMBUKAAN SEMULA OPERASI KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA UTC KERAMAT

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa JPN UTC Keramat yang ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan sebelum ini akan kembali beroperasi seperti biasa bermula 2 Januari 2017 dan waktu operasi kaunter adalah seperti berikut:

 

Waktu Operasi : Isnin – Ahad : 8.30 pagi – 10.00 malam

 

Waktu Rehat    :

 

7.00 malam – 8.00 malam
  12.15 tengahari – 2.45 petang (Jumaat Sahaja)

 

  Hari Kelepasan Am : TUTUP

 

 

 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi JPN UTC Keramat di talian 03-42510605/0620/0589.

Sekian, harap maklum.

 

Read more...

OPERASI KAUNTER HUJUNG MINGGU JPN IBU PEJABAT JPN DITUTUP SEMPENA HARI KRISMAS 2016

Dengan ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kaunter hujung minggu di Ibu Pejabat JPN di seluruh Malaysia akan ditutup pada 24 Disember (Sabtu) bersempena Hari Krismas 2016.

Ibu Pejabat yang terlibat adalah JPN W.P. Putrajaya, JPN Negeri Sembilan, JPN Selangor, JPN Pulau Pinang dan JPN Perlis. Operasi kaunter Ibu Pejabat JPN tersebut akan kembali beroperasi seperti biasa pada 27 Disember 2016 (Selasa).

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel di pro@jpn.gov.my.

JPN juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua warga Malaysia yang beragama Kristian.

Sekian, harap maklum.

Read more...

PEMBERITAHUAN PEJABAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) DI UTC DITUTUP SEMPENA HARI KRISMAS 2016

Dengan ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pejabat JPN di UTC seluruh Malaysia (kecuali Sarawak) akan ditutup selama 2 hari mulai 24 Disember (Sabtu) dan 25 Disember 2016 (Ahad) bersempena Hari Krismas 2016. Pejabat JPN di UTC terlibat akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Disember 2016 (Isnin).

 

Manakala Pejabat JPN di UTC Negeri Sarawak akan ditutup selama 3 hari mulai 24 Disember (Sabtu) hingga 26 Disember 2016 (Isnin) dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 27 Disember 2016 (Selasa).

 

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel di pro@jpn.gov.my.

 

JPN juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua warga Malaysia yang beragama Kristian.

 

Sekian, harap maklum.

Read more...
Font Resize
X