Permohonan Gantian Kad Pengenalan (MyKad Atau MyPR) 18 Tahun Warganegara Atau Bukan Warganegara

Print Friendly, PDF & Email

Mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang telah mencapai umur 18 tahun dan memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara atau Pemastautin Tetap hendaklah membuat gantian kad pengenalan selewat-lewatnya apabila mencapai umur 25 tahun.

1    Pemohon mestilah telah berumur genap 18 tahun hingga mencapai umur 25 tahun.

2    Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN.

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan.

1. Dokumen Pemohon (Asal)

1.1. Kad Pengenalan (MyKad atau MyPR)

2. Dokumen Sokongan

2.1  Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Warganegara= RM10.00

Bukan Warganegara= RM40.00

Font Resize
X