Permohonan Gantian Rosak Kad Pengenalan

Print Friendly and PDF

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

1. Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN; atau

2. Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian seperti berikut:

2.1. Portal www.jpn.gov.my melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad”; atau

2.2. Perkhidmatan Phone-in di talian 03-88808066
(bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat untuk pemohon yang bertaraf Warganegara.)

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal).

1. Dokumen Pemohon (Asal)

1.1. Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.

2. Dokumen Sokongan

2.1  Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

1. Warganegara : RM 10.00

2. Bukan Warganegara : RM 40.00

3. Permohonan gantian Kad Pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah PERCUMA.

4. Bayaran permohonan gantian Kad Pengenalan rosak melalui laman web diterima melalui kredit sahaja.

5. Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian Kad Pengenalan rosak yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan.

Font Resize
X