Prosedur Permohonan Pengangkatan Di Negeri Sabah

Print Friendly and PDF

Pemohon yang ingin mendaftarkan pengangkatan di negeri Sabah perlu membuat permohonan di mahkamah-mahkamah berkaitan mengikut kategori seperti berikut:-

 

a) Mahkamah Anak Negeri bagi anak negeri Sabah sahaja;
b) Mahkamah Tinggi bagi bukan warganegara dan bukan native; dan
c) Mahkamah Tinggi Syariah bagi yang beragama Islam

 

Pendaftaran anak angkat di Sabah dibuat berdasarkan Ordinan Pengangkatan 1960 (Sabah No.23 Tahun 1960), Native Adoption Regulations 1961 dan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004 dan kaedah-kaedah Mahkamah Syariah Negeri Sabah (amalan dan tatacara pengambilan anak angkat) 2006.

– Pemohon yang ingin mendaftarkan pengangkatan perlu memohon perintah pengangkatan melalui Mahkamah-Mahkamah di Sabah iaitu:

 

a) Mahkamah Anak Negeri bagi anak negeri Sabah sahaja;
b) Mahkamah Tinggi bagi bukan warganegara dan bukan native; dan
c) Mahkamah Tinggi Syariah bagi yang beragama Islam

 

Permohonan perlu dikemukakan ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah setelah mendapat perintah daripada pihak Mahkamah dan individu yang berkelayakan untuk memohon adalah seperti berikut;-

 

i. Ibu bapa angkat atau ibu/bapa angkat tunggal
ii. Firma guaman atau wakil firma guaman (Surat Rasmi Pelantikan daripada pejabat firma guaman asal dan satu (1) salinan kad pengenalan wakil firma guaman hendaklah disertakan)

– Sijil lahir sabjek (Asal)
– Dokumen pengenalan diri ibu/bapa angkat
– Sijil nikah/ perkahwinan ibu/bapa angkat
– Dokumen pengenalan diri ibu/bapa kandung (Asal) – Jika ada
– Perintah Mahkamah Pengangkatan melalui:

 

a) Mahkamah Anak Negeri
i. Surat litup (Letter Head)
ii. Borang 4 & 5

 

b) Mahkamah Tinggi Syariah
i. Surat litup (Letter Head)
ii. Form no 6

 

c) Mahkamah Tinggi Syariah
i. Surat Litup (Letter Head)
ii. Perintah
iii. Borang 11 & 12

Tiada bayaran yang dikenakan

Font Resize
X