Prosedur Permohonan Pengangkatan Di Negeri Sarawak

Print Friendly and PDF

Pemohon yang ingin mendaftarkan pengangkatan di negeri Sarawak perlu membuat permohonan di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Negeri Sarawak berdasarkan Adoption Ordinance 1958 (Sarawak CAP.91) dan Adoption Ordinance (Amendment) 2002 (Chapter A100) yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah.

– Permohonan perlu dikemukakan di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh Negeri Sarawak dan boleh dimohon oleh individu berkelayakan seperti berikut:

 

i. Ibu bapa angkat atau ibu/bapa angkat tunggal.
ii. Firma guaman atau wakil firma guaman (Surat Rasmi Pelantikan daripada pejabat firma guaman asal dan satu (1) salinan kad pengenalan wakil firma guaman hendaklah disertakan).

i. Sijil lahir sabjek (Asal);
ii. Salinan asal Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah;
iii. Dokumen pengenalan diri ibu/bapa angkat; dan
iv. Sijil nikah/ perkahwinan ibu/bapa angkat (Asal)

-Bayaran RM3.00

Font Resize
X