Permohonan untuk membetulkan kesilapan kecil dilakukan JPN yang melibatkan kesilapan ejaan yang mana jika pembetulan dibuat tidak akan mengubah fakta dalam Sijil Kelahiran.
Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 25(2) boleh dibuat oleh individu berikut:
- Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
- Penjaga kanak-kanak yang sah;
- Borang X dan Borang VII yang lengkap;
- Sijil Kelahiran kanak-kanak (dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal);
- Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal);
- Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan.
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
- Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan );
DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
- Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
- Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00.
- Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00.