Permohonan Carian Dalam Daftar (Seksyen 31) (Semenanjung Malaysia)

Print Friendly, PDF & Email

Permohonan carian adalah permohonan untuk mendapatkan keputusan carian mengenai daftar kelahiran dengan bayaran fi yang ditetapkan.
Carian daftar dalam kelahiran boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN Putrajaya dan JPN Ibu Negeri sahaja.

Permohonan carian daftar dalam kelahiran boleh dibuat oleh individu berikut:
  1. Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Pasport;
  2. Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
  3. Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
  5. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
  6. Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
  7. Agensi kerajaan.
  8. Badan Berkanun;
  9. Firma Guaman;

KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 6
1. Borang JPN.LM12 yang lengkap;
2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);

KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI 7
1. Borang JPN.LM12 yang lengkap;
2. Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
3. Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (asal dan salinan);
5. Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI 8 DAN 9
1. Borang JPN.LM12 yang lengkap;
2. Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
3. Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

KATEGORI 4: SELAIN DARIPADA INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 6
1. Borang JPN.LM12 yang lengkap;
2. Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara).
3. Surat Rasmi untuk memohon carian dalam daftar.
4. Surat Akuan Berkanun (Jika berkaitan).
5. Salasilah/Susur galur keluarga (Jika berkaitan).
6. Surat wakil kuasa dari waris yang layak bersama salinan kad pengenalan waris (Jika berkaitan).
7. Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat carian dalam daftar kelahiran seperti Cabutan Daftar Persekolahan dan Sijil Kelahiran adik-beradik yang lain (bagi permohonan carian kelahiran).

Fi Permohonan RM10.00

Borang JPN.LM12 -Permohonan Carian/Cabutan

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Font Resize
X