Permohonan ini dibuat adalah bertujuan untuk memasukkan nama kanak-kanak yang telah didaftarkan “Tiada Bernama” semasa pendaftaran kelahiran bagi kanak-kanak yang berumur kurang daripada satu (1) tahun.
Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 11 boleh dibuat oleh individu berikut:
- Pemilik Sijil Kelahiran;
- Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
- Penjaga kanak-kanak yang sah;
Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
- >Borang Form VII dan Borang X yang lengkap;
- Surat Akuan Sumpah;
- Borang Maklumat Keluarga BMK81;
- Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan );
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri kanak-kanak (asal dan Salinan)
- Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan );
- Surat akuan bersekolah jika kanak-kanak bersekolah;
- Surat Akuan Penghulu di kawasan tempat tinggal kanak-kanak;
- Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan.
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
- Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
- Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan);
- Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan );
- Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad Memeluk Agama Islam ibu atau bapa kanak-kanak, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa kanak-kanak dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;
DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
- Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan);
- Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
- Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
- Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00