Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak.
- Ibu atau bapa kandung kanak-kanak
- Penjaga kanak-kanak yang sah;
Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)Borang JPN.LM21 yang lengkap;
- Surat Akuan Sumpah JPN.LM22 dan JPN LM07.
- Borang Maklumat Keluarga BMK81;
- Borang MyKid;
- Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan);
- Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan);
- Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
- Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
Bayaran
Fi permohonan RM5.00
Fi cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00
JPN.LM21-Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.
JPN.LM22-Surat Akuan Permohonan Pembetulan Fakta
JPN.LM07 – Perakuan Pendaftran Nama
BMK 81-BORANG MAKLUMAT KELUARGA (2 SEPARATE PAGE)-JPN PUTRAJAYA
jpnmykid-Borang Permohonan MyKid
Makluman : borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan utuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.