Permohonan untuk memasukkan nama kanak-kanak yang telah didaftarkan “tiada bernama” semasa pendaftaran kelahiran bagi kanak-kanak yang berumur satu (1) tahun hingga kurang daripada 21 tahun.
Permohonan Kemasukan Nama Kanak-Kanak Berumur Di Bawah 21 Tahun boleh dibuat oleh individu berikut:
- Pemilik Sijil Kelahiran;
- Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
- Penjaga kanak-kanak yang sah;
Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN
- Borang JPN.LM21 yang lengkap dan Borang JPN.LM08 yang lengkap;
- Surat Akuan Sumpah JPN.LM22.
- Borang Maklumat Keluarga BMK81;
- Borang MyKid;
- Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan);
- Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak); (asal dan salinan);
- Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans; (asal dan salinan);
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa atau Sijil Kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);
- Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
- Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian(asal dan salinan);
Bayaran
Fi permohonan RM 50.00
Fi cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00
borangJPN.LM21C-Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.
JPN.LM22-Surat Akuan Permohonan Pembetulan Fakta
BMK 81-BORANG MAKLUMAT KELUARGA (2 SEPARATE PAGE)-JPN PUTRAJAYA
jpnmykid-Borang Permohonan MyKid
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.