Permohonan Carian Dalam Daftar Kematian (Seksyen 31) (Semenanjung Malaysia)

Print Friendly and PDF

Permohonan carian adalah permohonan untuk mendapatkan keputusan carian mengenai daftar kematian dengan fi yang ditetapkan. Carian daftar dalam kematian boleh dibuat di Ibu Pejabat JPN Putrajaya dan JPN Ibu Negeri sahaja.

Permohonan Cabutan Sijil Kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa si mati ;
  2. Suami atau isteri si mati ;
  3. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi si mati;
  4. Adik-beradik kandung si mati;
  5. Agensi kerajaan;
  6. Badan Berkanun;
  7. Firma Guaman.

KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 4

  1. Borang JPN.LM13 yang lengkap;
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  3. Salinan sijil kematian si mati (sekiranya ada).
  4. Sijil perkahwinan suami dan isteri (asal dan salinan)

KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI 5

  1. Borang JPN.LM13 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian dan cabutan dalam daftar;
  3. Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (asal dan salinan);
  5. Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI 6 DAN 7

  1. Borang JPN.LM13 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Agensi Kerajaan atau Badan Berkanun untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
  3. Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

KATEGORI 4: SELAIN DARIPADA INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 4

  1. Borang JPN.LM13 yang lengkap;
  2. Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara).
  3. Surat Rasmi untuk memohon carian dalam daftar.
  4. Surat Akuan Berkanun (Jika berkaitan).
  5. Salasilah/Susur galur keluarga (Jika berkaitan).
  6. Surat wakil kuasa dari waris yang layak bersama salinan kad pengenalan waris (Jika berkaitan).
  7. Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat carian dalam daftar kelahiran seperti Cabutan Daftar Persekolahan dan Sijil Kelahiran adik-beradik yang lain (bagi permohonan carian kelahiran).

Fi Permohonan RM10.00

Borang JPN.LM13 – Permohonan Carian/Cabutan

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Font Resize
X