Permohonan Carian Atau Cabutan Daftar Perkahwinan Maklumat AM

Print Friendly and PDF

Permohonan ini adalah bertujuan untuk carian atau cabutan Daftar Perkahwinan bagi mereka yang pernah mendaftarkan perkahwinan di bawah Akta 164 dan Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952

1. Semakan rekod perkahwinan melalui Sistem Pengkomputeran JPN perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menentukan permohonan yang dibuat oleh pemohon cabutan atau carian.
2. Permohonan cabutan daftar perkahwinan di kaunter akan diproses dan dikeluarkan pada hari yang sama sekiranya rekod perkahwinan wujud, lengkap dan teratur dalam Sistem Pengkomputeran JPN dengan bayaran RM50.00.
3. Permohonan cabutan juga boleh dibuat melalui pos dan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima dengan syarat permohonan teratur, lengkap dan rekod perkahwinan berkenaan wujud dalam Sistem Pengkomputeran JPN.
4. Jika rekod perkahwinan tidak wujud dalam data JPN, pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan carian data perkahwinan terlebih dahulu. Proses permohonan mengambil masa 14 hari bekerja dengan bayaran RM5.00 bagi setiap tahun carian.
5. Pemohon yang layak memohon adalah :-
a) Salah Seorang Daripada Pasangan
b) Anak Pasangan;

i. Salinan kad pengenalan salah seorang pasangan.
ii. Sekiranya ibu bapa masih hidup, perlu membawa surat wakil kuasa dari ibu bapa atau;
iii. Sekiranya ibu bapa tidak dapat dikesan, surat rasmi daripada agensi yang berkenaan menyatakan tujuan permohonan dibuat atau;
iv. Perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan JPN mengeluarkan cabutan daftar perkahwinan atau pengesahan carian.
c)Ibu / Bapa Kepada Pasangan
i. Salinan kad pengenalan salah seorang pasangan.
ii. Sekiranya pasangan masih hidup, perlu membawa surat wakil kuasa dari pasangan atau;
iii. Sekiranya pasangan tidak dapat dikesan, surat rasmi daripada agensi yang berkenaan menyatakan tujuan permohonan dibuat atau;
iv. Perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan JPN mengeluarkan cabutan daftar perkahwinan atau pengesahan carian.

d) Saudara Kandung (Adik Beradik)
i. Salinan kad pengenalan salah seorang pasangan
ii. Sekiranya pasangan masih hidup, perlu membawa surat wakil kuasa dari pasangan atau;
iii. Sekiranya pasangan tidak dapat dikesan, surat rasmi daripada agensi yang berkenaan menyatakan tujuan permohonan dibuat atau;
iv. Perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan JPN mengeluarkan cabutan daftar perkahwinan atau pengesahan carian.

e) Peguam
i. Salinan kad pengenalan salah seorang pasangan
ii. Peguam yang dilantik oleh pasangan dengan membawa surat wakil kuasa sahaja. (Sekiranya peguam mewakilkan wakil peguam runner, perlu membawa bersama surat wakil kuasa daripada pejabat peguam kepada wakil peguam tersebut).

6. Peguam yang mengemukakan permohonan ini bagi pihak anakguamnya perlu mengemukakan maklumat lengkap termasuk nama dan No. Mykad serta menurunkan cop rasmi guaman di Borang JPN.KC09.
NOTA: Pihak yang tidak berkaitan dengan perkahwinan pasangan TIDAK DIBENARKAN untuk menguruskan carian atau cabutan Daftar Perkahwinan.
1. Borang Pemeriksaan dan Carian Daftar Perkahwinan (JPN.KC09).
2. Kaunter: Mykad ASAL bagi warganegara atau salinan MyKad jika melalui pos.
3. Pos: Pasport ASAL dan salinan di mukasurat maklumat diri (jika bukan warganegara).
4. Surat kuasa daripada pemilik Daftar Perkahwinan, jika berkaitan (ASAL).
5. Permohonan yang dibuat melalui pejabat peguam :-
a. Borang JPN.KC09.
b. Surat lampiran dari pejabat peguam (ASAL).
c. Surat lantikan kuasa dari anak guam (ASAL).
d. Salinan kad pengenalan peguam dan anakguam.
e. Salinan daftar perkahwinan (sekiranya ada).
f. Salinan sijil lahir anak (sekiranya berkaitan).
g. Salinan dokumen perceraian (Sijil Dekri Nisi Mutlak dari Mahkamah / JPN.KC32).
h. Surat permohonan daripada pemohon jika permohonan dibuat melalui pos (ASAL).
i. Surat wakil kuasa kepada wakil firma guaman daripada firma guaman.
1. RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan.
2. RM50.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan.
3. RM4.00 bagi bayaran cabutan Daftar Perkahwinan di Bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.
Font Resize
X