Pendaftaran Perkahwinan Di Malaysia Tanpa Lesen Dan Pejabat Perwakilan Malaysia Di Luar Negara

Print Friendly and PDF
1. Pendaftaran perkahwinan adalah WAJIB bagi semua Warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam.
2. Warganegara Asing yang bukan beragama Islam dan tinggal di Malaysia selama tidak kurang daripada lapan (8) hari boleh memohon untuk mendaftar perkahwinan di bawah Akta ini.
3. Had umur perkahwinan adalah 21 tahun dan ke atas:
i) Umur 18 tahun (lelaki / perempuan) – dengan kebenaran bapa / ibu / bapa angkat / ibu angkat / penjaga.
ii) 16 dan 17 tahun (Perempuan) – Kelulusan Lesen Ketua Menteri (JPN.KC01D)
4. Tempat pengupacaraan perkahwinan:
a.Kedua-dua pasangan Warganegara Malaysia:
  i. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
  ii. Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara.
  iii. Gereja / Kuil / Persatuan.
  iv. Lokasi di luar Pejabat JPN (JPN.KC01E).
b. Pemegang MyPR / Pemegang MyKAS;
Warganegara Asing dengan Pemegang MyPR;
Warganegara Asing dengan Pemegang MyKAS;
Warganegara Asing dengan warganegara asing
  i. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
  ii. Lokasi di luar Pejabat JPN (JPN.KC01E).
c. Warganegara Malaysia dengan Warganegara Asing.
  i. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
  ii. Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara.
  iii. Lokasi di luar Pejabat JPN (JPN.KC01E).
Semua Pemohon
1. Pemohon dikehendaki hadir ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau di Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara untuk mengemukakan permohonan pendaftaran perkahwinan.
2. Permohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran perkahwinan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengikut daerah berdasarkan alamat yang tercatat di dalam MyKad.
3. Pastikan pemohon telah memperolehi Surat Semakan Akuan Bujang Luar Negara (Surat Kebenaran) dari JPN Ibu Pejabat Putrajaya sebelum mengemukakan permohonan pendaftaran perkahwinan di daerah berkenaan.
4. Bagi pemohon yang mengemukakan borang permohonan pendaftaran perkahwinan di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara, permohonan akan dihantar ke pejabat JPN mengikut daerah alamat di dalam Mykad untuk dipamerkan selama 21 hari dan tidak melebihi 3 bulan.
5. Pengupacaraan perkahwinan akan dilaksanakan selepas tamat 21 hari dan tidak lebih daripada tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan diterima.
Warganegara Malaysia
1. Tempat permohonan adalah berdasarkan kepada daerah alamat yang tercatat dalam MyKad.
2. Pemohon polis / tentera WAJIB mengemukakan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan anggota yang dikeluarkan oleh Ketua Pejabat / Markas berkenaan dengan menggunakan kepala surat (letterhead) Jabatan. Bagi anggota polis, Lampiran A (HRMIS) boleh diterima.
3. Pendaftaran perkahwinan di Pejabat Penolong Pendaftar perkahwinan hanya melibatkan pasangan warganegara Malaysia sahaja.
Warganegara
1. Borang JPN.KC02
2. Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport (latar belakang biru atau putih).
3. MyKad.
4. Surat Kebenaran Berkahwin bagi:
Anggota Polis
i) Surat Pengesahan Status Perkahwinan dan kebenara berkahwin atau;
ii) Lampiran A (HRMIS) lengkap ditandatangani oleh Pegawai Atasan.
Anggota Tentera
a. Surat Pengesahan Status Perkahwinan dari tempat bertugas.
5. Akuan berkanun sekiranya perlu.
6. Dekri Nisi Mutlak / sijil perceraian jika status belum dikemaskini.
7. Sijil kematian pasangan terdahulu jika berkaitan sekiranya status belum dikemaskini.
Bukan Warganegara
(Pemegang MyPR / MyKas)
1. Tempat permohonan adalah berdasarkan kepada daerah alamat yang tercatat dalam MyKad.
Dokumen yang perlu dikemukakan:
1. Borang JPN.KC02
2. Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport.
3. Akuan berkanun sekiranya perlu.
4. MyPR (ASAL dan salinan).
5. MyKas yang masih sahlaku (ASAL dan salinan).
6. Sijil kelahiran untuk pemegang MyPR dan MyKas (ASAL dan salinan).
7. Dekri Nisi Mutlak / sijil perceraian (ASAL dan salinan).
8. Sijil kematian pasangan terdahulu jika berkaitan (ASAL dan salinan).
Bukan Warganegara
1. Pemohon hendaklah bermastautin selama tujuh (7) hari di daerah perkahwinan. Pemohon boleh mengemukakan borang permohonan pendaftaran perkahwinan pada hari kelapan (8) di pejabat JPN yang berkenaan.
2. Bagi permohonan pendaftaran perkahwinan di mana salah satu pihak atau kedua-duanya adalah warganegara asing, pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di pejabat JPN sahaja.
3. Pemegang pas lawatan pekerja sementara (Temporary Employment), visa Isteri Atau Suami kepada Warganegara Malaysia (Spouse Visa) dan Special Pass tidak boleh mengemukakan permohonan perkahwinan.
4. Pemegang Social Visit Pass yang diberi tempoh 14 hari perlu mendapatkan Surat Pengesahan Pas (Ruj. IM.101/HQ-H/1141/2) dari Jabatan Imigresen Malaysia (ASAL dan salinan).
5. Warganegara asing yang memegang pas pelajar WAJIB mendapat surat pengesahan pas (Ruj. IM.101/HQ-H/1141/2) dari Jabatan Imigresen Malaysia (ASAL dan salinan).
6. Warganegara Vietnam perlu mendapatkan cop pengesahan dari Kedutaan Vietnam di Malaysia bagi semua dokumen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Vietnam.
7. Pemohon bukan beragama Islam dari Negara Islam (Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Pakistan, Bangladesh, Syria, Uzbekistan, Kazakhstan dan negara-negara lain) dikehendaki untuk mendapatkan surat pengesahan dari Kerajaannya bahawa pemohon bukan beragama Islam. Jika negara selain di atas JPN berhak untuk meminta apa jua dokumen sokongan sebelum permohonan boleh diterima (jika perlu). Sijil Baptism / Affidavit / Notary Certificates Apostille / Akuan Berkanun TIDAK DITERIMA.
8. Semasa permohonan pendaftaran perkahwinan dikemukakan, jika pemohon tidak memahami Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyediakan perkhidmatan jurubahasa.
9. Terjemahan yang dilakukan di Mahkamah Malaysia, Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM) atau penterjemah bertauliah di Malaysia adalah diterima. Bagi terjemahan yang dibuat di Kedutaan atau oleh penterjemah yang bertauliah di luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan tersebut dan disahkan semula oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).
10. Bagi permohonan pendaftaran perkahwinan di JPN Negeri atau Daerah selain JPN Putrajaya, pemohon WAJIB mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Keputusan Semakan Surat Akuan Bujang Luar Negara (Surat Kebenaran) melalui kaunter di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya atau melalui pos (Sabah, Sarawak dan Labuan) yang perlu di alamatkan kepada:
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
Bahagian Perkahwinan dan Perceraian
No. 20, Persiaran Perdana, Presint 2
62551 PUTRAJAYA.
(Jika permohonan dihantar melalui pos, pemohon hendaklah menyertakan sampul surat saiz A4 bersetem RM1.00 serta alamat pemohon yang BETUL dan TEPAT).
Dokumen yang perlu dikemukakan:
1. Borang JPN.KC02
(Bagi pemohon yang tidak memahami Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, akuan di Bahagian D di dalam Borang JPN.KC02 perlu diterjemahkan ke dalam bahasa yang difahaminya oleh jurubahasa bertauliah).
2. Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport.
3. Pasport ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri, tarikh ketibaan terkini ke Malaysia serta visa / pas yang sahlaku.
(Pengesahan Rekod Maklumat / Pergerakan Keluar Masuk Negara dari Jabatan Imigresen sekiranya tiada maklumat pergerakan keluar masuk daripada negara berkenaan atau negara Malaysia).
4. Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Kerajaannya (ASAL dan salinan):
i. Perlu disahkan oleh pihak perwakilan Malaysia di negara pemohon atau kedutaan negara pemohon di Malaysia DAN
ii. Disahkan semula oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.
5. Affidavit / Notary Certificates Apostille / Akuan Berkanun mengenai Pengesahan Taraf Perkahwinan TIDAK DITERIMA.
6. Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan warganegara asing yang tidak mempunyai tempoh sahlaku akan disifatkan sebagai sah untuk 6 bulan sahaja dari tarikh surat tersebut dikeluarkan.
7. Sijil kelahiran pemohon (ASAL dan salinan).
8. Warganegara Nigeria yang lahir sebelum tahun 1988 perlu mengemukakan National Population Commission (Attestation Of Birth).
9. Surat pengesahan MESTI dikemukakan dari Kerajaan atau Kedutaan pemohon sekiranya maklumat tidak lengkap di dalam sijil kelahiran / pasport / surat pengesahan taraf perkahwinan dan PERLU disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).
10. Surat Ruj: IM.101/HQ-H/1141/2 Pengesahan Pas Bagi Tujuan Perkahwinan Dengan Warganegara Asing daripada Jabatan Imigresen Putrajaya / Sabah / Sarawak / Labuan sekiranya diperlukan.
11. Dekri Nisi Mutlak / Sijil Perceraian (ASAL dan salinan) jika berkaitan.
12. Sijil / daftar kematian pasangan terdahulu (ASAL dan salinan) jika berkaitan.
13. Keputusan Semakan Akuan Bujang Luar Negara (Surat Kebenaran) yang dikeluarkan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.
14. Household Family Registry yang dikeluarkan oleh kerajaan China perlu dikemaskini sehingga ke tarikh terkini.
Semua dokumen yang bukan di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan oleh penterjemah bertauliah.
1. Terjemahan yang dilakukan di Mahkamah Malaysia, Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM) atau penterjemah bertauliah di Malaysia adalah diterima. Bagi terjemahan yang dibuat di Kedutaan atau oleh penterjemah yang bertauliah di luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan tersebut dan disahkan semula oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).
2. Terjemahan yang dibuat selain daripada Para 1 perlu mendapatkan pengesahan dari Pejabat Perwakilan Negara pemohon di Malaysia atau Pejabat Perwakilan Malaysia di negara pemohon seterusnya disahkan semula oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).
Font Resize
X