Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara Bagi Pasangan Bukan Islam Yang Telah Didaftarkan Pada Atau Selepas 1.3.1982

Print Friendly and PDF
1. Warganegara Malaysia yang telah mendaftarkan perkahwinan dibawah Undang-Undang Negara Asing wajib didaftarkan semula dibawah Seksyen 35, Akta 164. Pasangan dikehendaki hadir di kaunter JPN atau pejabat perwakilan Malaysia di luar Negara dalam tempoh 6 bulan dari tarikh perkahwinan didaftarkan di Luar Negara.
‘Jika seseorang dikehendaki oleh seksyen 31 supaya hadir dihadapan seorang pendaftar dan ianya tidak hadir dalam tempoh yang ditetapkan, maka ia boleh apabila di sabitkan dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada 1 tahun atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya’.
2. Pendaftaran semula ini tidak terpakai bagi kedua-dua pasangan warganegara asing (pemegang MyPR / MyKAS) yang telah mendapat status warganegara Malaysia selepas perkahwinan beliau didaftarkan mengikut undang-undang Negara asing.
3. Jika pasangan masuk ke Malaysia sebelum tamatnya tempoh 6 bulan daripada tarikh perkahwinan itu maka pengiraan tempoh 6 bulan itu akan bermula dari tarikh masuk terkini ke Malaysia yang tercatit di dalam pasport.
4. Pendaftaran perkahwinan selepas tempoh 6 bulan akan dikenakan bayaran PENALTI.
1. Borang Pendaftaran Perkahwinan (JPN.KC06) yang lengkap.
2. MyKad ASAL (Warganegara Malaysia).
3. Pasport.
A. Warganegara Malaysia
i. Pasport ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan dan tarikh keluar dari negara di mana perkahwinan didaftarkan.

ii. Pengesahan Rekod Maklumat / Pergerakan Keluar Masuk Negara dari Jabatan Imigresen sekiranya tiada maklumat pergerakan keluar masuk daripada negara berkenaan atau negara Malaysia.

B. Warganegara Asing
i. Pasport ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia.

ii. Pengesahan Rekod Maklumat / Pergerakan Keluar Masuk Negara dari Jabatan Imigresen sekiranya tiada maklumat pergerakan keluar masuk daripada negara berkenaan atau negara Malaysia

4. Dokumen pengenalan diri yang digunakan untuk tujuan pendaftaran perkahwinan oleh warganegara asing berkenaan sekiranya berkaitan.
5. Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport bagi setiap pemohon (latar belakang Biru atau Putih).
6. Sijil perkahwinan luar Negara (ASAL dan salinan).
7. Sijil perkahwinan dari Negara India, Thailand, Indonesia, Filipina, Nigeria, Sri Lanka, Vietnam, Kemboja, Laos atau dari mana-mana Negara lain sekiranya dikehendaki, perlu disahkan oleh pihak perwakilan Malaysia di Negara pemohon, atau kedutaan Negara pemohon di Malaysia, dan disahkan semula oleh Kementerian Luar Negara (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.
8. Sijil perkahwinan (ASAL) dikeluarkan oleh Kerajaan Vietnam perlu disahkan oleh Kedutaan Vietnam di Malaysia dan disahkan semula oleh Kementerian Luar Negara (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.
9. Surat daripada Kerajaan Myanmar yang mengesahkan sijil perkahwinan Myanmar adalah tulen dan sah dan perlu disahkan semula oleh Kementerian Luar Negara (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.
10. Sijil lahir bagi warganegara asing (ASAL dan salinan).
11. Warganegara:
– Dekri Nisi Mutlak / Sijil Perceraian, jika belum dikemaskini (ASAL dan salinan).
– Sijil / Daftar Kematian pasangan sebelum ini, jika berkaitan (ASAL dan salinan).
12. Bukan Warganegara:
– Dekri Nisi Mutlak / Sijil Perceraian, jika belum dikemaskini (ASAL dan salinan).
– Sijil / Daftar Kematian pasangan sebelum ini, jika berkaitan (ASAL dan salinan).
13. Surat pengesahan bahawa pemohon bukan beragama Islam dari Kerajaan Negara Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Pakistan, Syria, Uzbekistan, Kazakhstan, Bangladesh atau Negara Islam yang lain atau mana-mana negara lain sekiranya diperlukan.
Jika selain negara-negara di atas, JPN berhak untuk meminta apa jua dokumen sokongan sebelum permohonan boleh diterima.
14. Pastikan bahawa semua dokumen asal yang BUKAN dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan oleh penterjemah bertauliah. Penterjemah perlu menurunkan tandatangan, cop jawatan, maklumat untuk dihubungi dan tarikh terjemahan pada dokumen yang diterjemahkan.
15. Bagi terjemahan yang dilakukan di Mahkamah Malaysia atau Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM) atau penterjemah bertauliah di Malaysia tidak perlu mendapat pengesahan Pejabat Perwakilan Negara pemohon di Malaysia dan Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) di Putrajaya.

RM20.00

Bagi pendaftaran lewat melebihi 6 bulan dari tarikh pendaftaran perkahwinan diluar Malaysia penalti adalah:

1. RM100.00 bagi tahun pertama.

2. RM50.00 bagi setiap tahun berikut atau sebahagiannya.

Font Resize
X