Permohonan Rujukan Ke Tribunal Perkahwinan

Print Friendly and PDF

Tribunal Perkahwinan adalah tempat merujuk sesuatu kesulitan hal ehwal perkahwinan seseorang yang bukan beragama Islam bagi tujuan pendamaian selaras dengan Seksyen 106, Akta 164. Pemohon dikehendaki hadir ke kaunter JPN mengikut Daerah tempat tinggal bersama terakhir pasangan untuk mengemukakan permohonan.

1. Apabila salah seorang daripada pasangan tidak bersetuju untuk bercerai.
2. Perkahwinan mesti melebihi 2 tahun. Jika perkahwinan kurang dari 2 tahun tribunal boleh diterima tetapi tiada Perakuan dikeluarkan sebaliknya permohonan akan dibatalkan dan dikeluarkan (JPN.KC28).
3. Pasangan boleh memilih mana-mana JPN untuk merujuk permohonan tribunal atas persetujuan dan hadir bersama di kaunter dan perlu menyatakan surat persetujuan bersama semasa membuat permohonan.
4. Jika pasangan itu tidak bersetuju dengan tempat rujukan tribunal perkahwinan bagi kawasan di mana mereka bermastautin atau jika mereka tinggal di kawasan berlainan, tempat rujukan tribunal perkahwinan adalah berdasarkan tempat tinggal terakhir bersama (Seksyen 106(2)).
5. Tiada seseorang peguambela atau peguamcara boleh hadir atau bertindak dalam sesuatu perbicaraan di hadapan sesuatu tribunal perkahwinan dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh orang lain (Seksyen 106(5)(c)).
1. Salah satu pasangan telah memeluk agama Islam.
2. Kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara persetujuan bersama.
3. Pempetisyen ditinggal langsung oleh pasangannya dan dia tidak tahu di mana pasangannya berada.
4. Responden tinggal di luar negeri dan tidak mungkin masuk ke Malaysia semula dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh petisyen itu.
5. Jika pihak pempetisyen mengatakan bahawa pihak menentang itu adalah mengidap sakit mental yang tidak dapat diubatkan; atau jika mahkamah berpuashati bahawa ada hal keadaan yang luar biasa yang menyebabkan rujukan kepada Tribunal Perkahwinan tidak praktik.
6. Jika responden dipenjarakan selama tempoh 5 tahun atau lebih.
7. Jika pihak menentang itu telah dikehendaki hadir di hadapan suatu badan pendamai dan telah bersengaja tidak hadir.
8. Jika Mahkamah berpuas hati bahwa ada hal keadaan yang terkecuali yang menyebabkn rujukan kepada suatu badan pendamai tidak praktik.
1. Borang JPN.KC14 (Permohonan Rujukan Kepada Badan Pendamai).
2. Kad Pengenalan ASAL.
3. Pasport ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia.
4. Daftar Perkahwinan ASAL serta salinan.
5. Dokumen sokongan seperti laporan polis sebagai bukti, jika berkaitan.

1.    RM2.00 bayaran permohonan.

2.    RM20.00 jika Perakuan Tribunal JPN.KC29 dikeluarkan.

Font Resize
X