PEMBERITAHUAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, PUTRAJAYA

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, PUTRAJAYA

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada para pelanggan bahawa operasi kaunter JPN Putrajaya ditutup pada 9 November 2020 (Isnin) berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan akan kembali beroperasi semula pada 10 November 2020 (Selasa).

 

Bagi urusan kecemasan orang ramai boleh memohon janji temu di pejabat JPN W.P. Kuala Lumpur, JPN Cawangan UTC Keramat, JPN Cawangan UTC Sentul dan JPN Kuala Langat. Permohonan janji temu boleh dilakukan dengan melayari pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my.

 

Untuk sebarang pertanyaan, para pelanggan bolehlah menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN Putrajaya di talian 03-8880 7077 atau email pro@jpn.gov.my.

 

Sekian untuk makluman semua,

Font Resize
X