Pengumuman

dari 57 muka surat ||  Seterusnya

PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PEJABAT JPN DAERAH KUNAK DAN JPN CAWANGAN TUNGKU
Pejabat JPN Daerah Kunak dan JPN Cawangan Tungku akan ditutup sementara pada 17 September 2020 sehingga 18 September 2020 bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Komunikasi Korporat JPN Negeri Sabah di talian 088-488365 atau emel kepada jpnpppsabah@jpn.gov.my.


PENUTUPAN SEMENTARA PEJABAT JPN CAWANGAN UTC TAWAU DAN JPN DAERAH LAHAD DATU
Pejabat JPN Cawangan UTC Tawau dan JPN Daerah Lahad Datu akan ditutup pada 12 hingga 20 September 2020 untuk memastikan keselamatan orang awam serta petugas JPN terhindar daripada jangkitan Covid-19.

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN Negeri Sabah di talian 088-488300 / 088-488301 atau hantarkan emel kepada adminkinabalu@jpn.gov.my


PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI JPN NEGERI KEDAH DAN CAWANGAN UTC KEDAH
Penutupan sementara operasi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, (JPNM) Negeri Kedah di Kompleks KDN Anak Bukit serta pejabat JPNM Cawangan UTC Kedah di City Plaza, Alor Setar DITUTUP dari 11 September hingga 25 September 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
Walau bagaimanapun, pejabat-pejabat JPNM di daerah lain di Negeri Kedah masih lagi beroperasi seperti biasa dengan waktu berurusannya adalah seperti berikut:
1. Pejabat JPNM Cawangan Daerah Pokok Sena, Jitra, Padang Terap, Yan, Sik, Baling, Kulim, Langkawi dan RTC/PKD (RTC) Napoh:
8.00am-5.00pm (AHAD-RABU)
8.00am-3.30pm (KHAMIS)
2. Pejabat JPNM Cawangan UTC Sungai Petani:
8.00am-9.00pm (AHAD-KHAMIS)
8.00am-5.00pm (JUMAAT-SABTU)
3. Pejabat JPNM Cawangan Daerah Bandar Baharu.
8.00am-5.00pm (ISNIN-RABU)
8.00am-3.30pm (KHAMIS)
*AHAD – PEJABAT BANDAR BAHARU DITUTUP*. UNTUK ITU SILA BERURUSAN DI PEJABAT JPNM CAWANGAN KULIM.
Sebarang pertanyaan berkaitan orang ramai boleh menghubungi JPN Kedah ditalian 04-7355 744, 04-7314 585 atau emel ke pppkedah@jpn.gov.my.

1 dari 57 muka surat ||  Seterusnya


Font Resize
X