PERKHIDMATAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, PUTRAJAYA TERGENDALA AKIBAT KEBOCORAN GAS

PERKHIDMATAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, PUTRAJAYA TERGENDALA AKIBAT KEBOCORAN GAS

Adalah dimaklumkan satu kejadian kebocoran gas telah berlaku di   Aras 6, Bangunan JPN Putrajaya. Semua perkhidmatan JPN telah dihentikan bermula jam 8.45 pagi. Semua kakitangan JPN serta pelanggan-pelanggan yang datang berurusan telah diarahkan untuk mengosongkan bangunan.

 

Semua langkah – langkah keselamatan telah diambil oleh pihak JPN dalam menghadapi insiden ini. Atas nasihat Jabatan Bomba dan Penyelamat didapati semua Aras Bangunan JPN selamat untuk beroperasi kecuali Aras 6 yang masih dalam siasatan. Sehubungan itu, perkhidmatan JPN telah kembali beroperasi seperti biasa pada jam 9.45 pagi.

 

Segala kesulitan yang dialami pelanggan amatlah dikesali.

 

Sekian, harap maklum.

Font Resize
X