Tag - Perkahwinan

Perkahwinan

Read more...

Permohonan Sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan

Print Friendly and PDF
1. Permohonan ini adalah bagi ahli-ahli jawatankuasa gereja, kuil dan persatuan kaum yang bekelayakan untuk dilantik sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan bagi mengupacara dan mendaftarkan perkahwinan mengikut agama, adat atau kelaziman di Gereja / Kuil / Persatuan selaras dengan Seksyen 24 Akta 164.
2. Permohonan ini adalah sukarela.
3. Tiada sebarang bayaran / yuran dikenakan untuk permohonan ini.
1. Permohonan hendaklah terdiri dari Ahli Jawatankuasa Gereja, Kuil dan Persatuan Kaum yang mengendalikan hal ehwal agama atau adat kaum tertentu yang disokong oleh Pengerusi / Setiausaha Gereja, Kuil dan Persatuan berkenaan.
2. Persatuan perlu berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).
3. Berumur 21 tahun dan tidak melebihi umur 70 tahun.
4. Kelayakan akademik minimum MCE/SPM/SPVM/SAP dan lulus Bahasa Malaysia.
5. Bukan seorang Pesuruhjaya Sumpah.
1. Borang Permohonan Pelantikan Penolong Pendaftar (JPN.KC16) dilengkapkan (ASAL).
2. Empat (4) keping gambar terkini pemohon berukuran pasport berlatar belakang biru / putih.
3. Salinan MyKad pemohon.
4. Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan bagi Persatuan.
5. Salinan dokumen bukti kelulusan pindaan nama, alamat dan Perlembagaan bagi Persatuan.
6. Salinan Perlembagaan Persatuan.
7. Senarai Ahli Jawatankuasa Gereja / Kuil / Persatuan terkini.
8. Salinan Penyata Kewangan Tahunan tiga tahun terkini untuk Persatuan sahaja.
Penting:
Semua salinan fotostat dokumen perlu disahkan oleh Pendaftar Perkahwinan / Timbalan Pendaftar di JPN dengan menurunkan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi.
Read more...

Permohonan Rujukan Ke Tribunal Perkahwinan

Print Friendly and PDF

Tribunal Perkahwinan adalah tempat merujuk sesuatu kesulitan hal ehwal perkahwinan seseorang yang bukan beragama Islam bagi tujuan pendamaian selaras dengan Seksyen 106, Akta 164. Pemohon dikehendaki hadir ke kaunter JPN mengikut Daerah tempat tinggal bersama terakhir pasangan untuk mengemukakan permohonan.

1. Apabila salah seorang daripada pasangan tidak bersetuju untuk bercerai.
2. Perkahwinan mesti melebihi 2 tahun. Jika perkahwinan kurang dari 2 tahun tribunal boleh diterima tetapi tiada Perakuan dikeluarkan sebaliknya permohonan akan dibatalkan dan dikeluarkan (JPN.KC28).
3. Pasangan boleh memilih mana-mana JPN untuk merujuk permohonan tribunal atas persetujuan dan hadir bersama di kaunter dan perlu menyatakan surat persetujuan bersama semasa membuat permohonan.
4. Jika pasangan itu tidak bersetuju dengan tempat rujukan tribunal perkahwinan bagi kawasan di mana mereka bermastautin atau jika mereka tinggal di kawasan berlainan, tempat rujukan tribunal perkahwinan adalah berdasarkan tempat tinggal terakhir bersama (Seksyen 106(2)).
5. Tiada seseorang peguambela atau peguamcara boleh hadir atau bertindak dalam sesuatu perbicaraan di hadapan sesuatu tribunal perkahwinan dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh orang lain (Seksyen 106(5)(c)).
1. Salah satu pasangan telah memeluk agama Islam.
2. Kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara persetujuan bersama.
3. Pempetisyen ditinggal langsung oleh pasangannya dan dia tidak tahu di mana pasangannya berada.
4. Responden tinggal di luar negeri dan tidak mungkin masuk ke Malaysia semula dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh petisyen itu.
5. Jika pihak pempetisyen mengatakan bahawa pihak menentang itu adalah mengidap sakit mental yang tidak dapat diubatkan; atau jika mahkamah berpuashati bahawa ada hal keadaan yang luar biasa yang menyebabkan rujukan kepada Tribunal Perkahwinan tidak praktik.
6. Jika responden dipenjarakan selama tempoh 5 tahun atau lebih.
7. Jika pihak menentang itu telah dikehendaki hadir di hadapan suatu badan pendamai dan telah bersengaja tidak hadir.
8. Jika Mahkamah berpuas hati bahwa ada hal keadaan yang terkecuali yang menyebabkn rujukan kepada suatu badan pendamai tidak praktik.
1. Borang JPN.KC14 (Permohonan Rujukan Kepada Badan Pendamai).
2. Kad Pengenalan ASAL.
3. Pasport ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia.
4. Daftar Perkahwinan ASAL serta salinan.
5. Dokumen sokongan seperti laporan polis sebagai bukti, jika berkaitan.

1.    RM2.00 bayaran permohonan.

2.    RM20.00 jika Perakuan Tribunal JPN.KC29 dikeluarkan.

Read more...

Permohonan Kaveat

Print Friendly, PDF & Email

Kaveat adalah satu permohonan bantahan ke atas sesuatu permohonan perkahwinan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara atau di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri sebelum perakuan perkahwinan dikeluarkan.

1. Pemohon wajib hadir di kaunter JPN atau di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri berkenaan di mana permohonan perkahwinan sedang di pamerkan.
2. Kaveat hanya boleh dibuat sekiranya terdapat permohonan perkahwinan diterima dan sebelum Perakuan Untuk Perkahwinan dikeluarkan oleh Pendaftar Perkahwinan.
3. Kaveat tidak boleh dikemukakan sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh dan alasan yang munasabah selaras dengan peruntukan undang-undang yang menyatakan:
Seksyen 20(7), Akta 164:
‘Jika Mahkamah Tinggi menetapkan alasan-alasan bantahan itu sebagai dangkal dan sebagai tidak sepatutnya menghalang pengeluaran perakuan untuk perkahwinan maka orang yang menyerahkan kaveat itu adalah bertanggungjawab membayar kos bagi semua langkah-langkah pembicaraan berhubung dengannya dan gantirosak yang akan dituntut melalui guaman atau tindakan oleh pihak yang terhadap perkahwinannya kaveat itu diserahkan.’
1. Borang JPN.KC04 dilengkapkan.
2. MyKad.
3. Pasport ASAL serta salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia di dalam paspot bagi warganegara asing.
4. Dokumen sokongan lain sebagai bukti bantahan (jika berkaitan).

RM20.00 bagi bayaran permohonan.

Read more...

Permohonan Pembetulan Kesilapan Dalam Daftar Perkahwinan

Print Friendly and PDF

Permohonan ini adalah untuk memperbetulkan kesilapan di dalam Daftar Perkahwinan.

1. Permohonan ini hanya untuk membetulkan kesilapan yang berlaku pada masa pendaftaran perkahwinan dijalankan.
2. Permohonan boleh dikemukakan di mana-mana kaunter JPN yang berhampiran.
3. Hanya pemilik daftar perkahwinan sahaja yang layak memohon.
1. Borang Pembetulan Kesilapan (JPN.KC08) dilengkapkan.
2. Mykad ASAL dan salinan bagi warganegara.
3. Pasport ASAL dan salinan bagi bukan warganegara.
4. Daftar Perkahwinan ASAL dan salinan.
5. Dokumen-dokumen sokongan lain (jika berkaitan).
NOTA:
Sekiranya Daftar Perkahwinan ASAL telah disalut plastik (laminated) sila kemukakan bersama Cabutan Daftar Perkahwinan.

1. RM2.00 bagi bayaran permohonan.

2. RM6.00 bagi bayaran kelulusan pembetulan maklumat.

Read more...

Permohonan Carian Atau Cabutan Daftar Perkahwinan Maklumat AM

Print Friendly and PDF

Permohonan ini adalah bertujuan untuk carian atau cabutan Daftar Perkahwinan bagi mereka yang pernah mendaftarkan perkahwinan di bawah Akta 164 dan Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952

1. Semakan rekod perkahwinan melalui Sistem Pengkomputeran JPN perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menentukan permohonan yang dibuat oleh pemohon cabutan atau carian.
2. Permohonan cabutan daftar perkahwinan di kaunter akan diproses dan dikeluarkan pada hari yang sama sekiranya rekod perkahwinan wujud, lengkap dan teratur dalam Sistem Pengkomputeran JPN dengan bayaran RM50.00.
3. Permohonan cabutan juga boleh dibuat melalui pos dan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima dengan syarat permohonan teratur, lengkap dan rekod perkahwinan berkenaan wujud dalam Sistem Pengkomputeran JPN.
4. Jika rekod perkahwinan tidak wujud dalam data JPN, pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan carian data perkahwinan terlebih dahulu. Proses permohonan mengambil masa 14 hari bekerja dengan bayaran RM5.00 bagi setiap tahun carian.
5. Pemohon yang layak memohon adalah :-
a) Salah Seorang Daripada Pasangan
b) Anak Pasangan;

i. Salinan kad pengenalan salah seorang pasangan.
ii. Sekiranya ibu bapa masih hidup, perlu membawa surat wakil kuasa dari ibu bapa atau;
iii. Sekiranya ibu bapa tidak dapat dikesan, surat rasmi daripada agensi yang berkenaan menyatakan tujuan permohonan dibuat atau;
iv. Perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan JPN mengeluarkan cabutan daftar perkahwinan atau pengesahan carian.
c)Ibu / Bapa Kepada Pasangan
i. Salinan kad pengenalan salah seorang pasangan.
ii. Sekiranya pasangan masih hidup, perlu membawa surat wakil kuasa dari pasangan atau;
iii. Sekiranya pasangan tidak dapat dikesan, surat rasmi daripada agensi yang berkenaan menyatakan tujuan permohonan dibuat atau;
iv. Perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan JPN mengeluarkan cabutan daftar perkahwinan atau pengesahan carian.

d) Saudara Kandung (Adik Beradik)
i. Salinan kad pengenalan salah seorang pasangan
ii. Sekiranya pasangan masih hidup, perlu membawa surat wakil kuasa dari pasangan atau;
iii. Sekiranya pasangan tidak dapat dikesan, surat rasmi daripada agensi yang berkenaan menyatakan tujuan permohonan dibuat atau;
iv. Perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan JPN mengeluarkan cabutan daftar perkahwinan atau pengesahan carian.

e) Peguam
i. Salinan kad pengenalan salah seorang pasangan
ii. Peguam yang dilantik oleh pasangan dengan membawa surat wakil kuasa sahaja. (Sekiranya peguam mewakilkan wakil peguam runner, perlu membawa bersama surat wakil kuasa daripada pejabat peguam kepada wakil peguam tersebut).

6. Peguam yang mengemukakan permohonan ini bagi pihak anakguamnya perlu mengemukakan maklumat lengkap termasuk nama dan No. Mykad serta menurunkan cop rasmi guaman di Borang JPN.KC09.
NOTA: Pihak yang tidak berkaitan dengan perkahwinan pasangan TIDAK DIBENARKAN untuk menguruskan carian atau cabutan Daftar Perkahwinan.
1. Borang Pemeriksaan dan Carian Daftar Perkahwinan (JPN.KC09).
2. Kaunter: Mykad ASAL bagi warganegara atau salinan MyKad jika melalui pos.
3. Pos: Pasport ASAL dan salinan di mukasurat maklumat diri (jika bukan warganegara).
4. Surat kuasa daripada pemilik Daftar Perkahwinan, jika berkaitan (ASAL).
5. Permohonan yang dibuat melalui pejabat peguam :-
a. Borang JPN.KC09.
b. Surat lampiran dari pejabat peguam (ASAL).
c. Surat lantikan kuasa dari anak guam (ASAL).
d. Salinan kad pengenalan peguam dan anakguam.
e. Salinan daftar perkahwinan (sekiranya ada).
f. Salinan sijil lahir anak (sekiranya berkaitan).
g. Salinan dokumen perceraian (Sijil Dekri Nisi Mutlak dari Mahkamah / JPN.KC32).
h. Surat permohonan daripada pemohon jika permohonan dibuat melalui pos (ASAL).
i. Surat wakil kuasa kepada wakil firma guaman daripada firma guaman.
1. RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan.
2. RM50.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan.
3. RM4.00 bagi bayaran cabutan Daftar Perkahwinan di Bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.
Read more...

Permohonan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan.

Print Friendly and PDF
1. Permohonan untuk mendapatkan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan bagi warganegara Malaysia bukan Islam untuk kegunaan di luar negara.
2. Tempoh sahlaku Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan adalah 150 hari dari tarikh surat dikeluarkan.
1. Permohonan boleh dikemukakan di kaunter Ibu Pejabat JPN, Putrajaya sahaja atau jika melalui pos yang perlu di alamatkan kepada :-
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
Bahagian Perkahwinan dan Perceraian
No. 20, Persiaran Perdana, Presint 2
62551 PUTRAJAYA.
(Jika permohonan dihantar melalui pos, pemohon hendaklah menyertakan sampul surat saiz A4 bersetem RM1.00 serta alamat pemohon yang BETUL dan TEPAT).
1. Borang JPN.KC09 wajib dilengkapkan sepenuhnya terutamanya nombor dokumen pengenalan dan nama pasangan serta tahun carian.
2. MyKad (salinan fotostat MyKad jika permohonan melalui pos) dan jika melalui wakil yang diturunkan kuasa iaitu ibu/ bapa/ anak / adik beradik kandung atau peguam yang dilantik oleh pemohon.
3. Salinan dokumen pengenalan diri yang mengandungi maklumat diri bagi bakal pasangan bukan warganegara Malaysia.
4. Surat permohonan dengan menyatakan tujuan permohonan (ASAL) jika melalui pos.
5. Akuan Berkanun Pemohon yang menyatakan status perkahwinan pemohon yang terkini sepeti di contoh akuan sumpah.
6. Jika pemohon berada di luar negara, akuan berkanun tersebut perlu dibuat di hadapan pihak Pejabat Perwakilan Malaysia di negara terdekat (ASAL).
7. Pemohon perlu memberikan surat wakil kuasa kepada ibu, bapa, anak, adik beradik kandung atau peguam untuk menguruskan permohonan ini, jika berkaitan (ASAL).
8. Surat permohonan daripada pihak peguam beserta surat wakil kuasa dari pemohon jika permohonan dibuat melalui peguam (ASAL) dan surat daripada firma guaman kepada wakil firma guaman (ASAL) jika berkaitan.

RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan.

Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya dinasihatkan untuk disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di Putrajaya / Kuching atau Kota Kinabalu sebelum digunapakai di luar negara. Sila berhubung dengan perwakilan negara asing terdekat tindakan selanjutnya.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC09 – Borang Permohonan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan

Read more...

Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara Bagi Pasangan Bukan Islam Yang Telah Didaftarkan Pada Atau Selepas 1.3.1982

Print Friendly and PDF
1. Warganegara Malaysia yang telah mendaftarkan perkahwinan dibawah Undang-Undang Negara Asing wajib didaftarkan semula dibawah Seksyen 35, Akta 164. Pasangan dikehendaki hadir di kaunter JPN atau pejabat perwakilan Malaysia di luar Negara dalam tempoh 6 bulan dari tarikh perkahwinan didaftarkan di Luar Negara.
‘Jika seseorang dikehendaki oleh seksyen 31 supaya hadir dihadapan seorang pendaftar dan ianya tidak hadir dalam tempoh yang ditetapkan, maka ia boleh apabila di sabitkan dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada 1 tahun atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya’.
2. Pendaftaran semula ini tidak terpakai bagi kedua-dua pasangan warganegara asing (pemegang MyPR / MyKAS) yang telah mendapat status warganegara Malaysia selepas perkahwinan beliau didaftarkan mengikut undang-undang Negara asing.
3. Jika pasangan masuk ke Malaysia sebelum tamatnya tempoh 6 bulan daripada tarikh perkahwinan itu maka pengiraan tempoh 6 bulan itu akan bermula dari tarikh masuk terkini ke Malaysia yang tercatit di dalam pasport.
4. Pendaftaran perkahwinan selepas tempoh 6 bulan akan dikenakan bayaran PENALTI.
1. Borang Pendaftaran Perkahwinan (JPN.KC06) yang lengkap.
2. MyKad ASAL (Warganegara Malaysia).
3. Pasport.
A. Warganegara Malaysia
i. Pasport ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan dan tarikh keluar dari negara di mana perkahwinan didaftarkan.

ii. Pengesahan Rekod Maklumat / Pergerakan Keluar Masuk Negara dari Jabatan Imigresen sekiranya tiada maklumat pergerakan keluar masuk daripada negara berkenaan atau negara Malaysia.

B. Warganegara Asing
i. Pasport ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia.

ii. Pengesahan Rekod Maklumat / Pergerakan Keluar Masuk Negara dari Jabatan Imigresen sekiranya tiada maklumat pergerakan keluar masuk daripada negara berkenaan atau negara Malaysia

4. Dokumen pengenalan diri yang digunakan untuk tujuan pendaftaran perkahwinan oleh warganegara asing berkenaan sekiranya berkaitan.
5. Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport bagi setiap pemohon (latar belakang Biru atau Putih).
6. Sijil perkahwinan luar Negara (ASAL dan salinan).
7. Sijil perkahwinan dari Negara India, Thailand, Indonesia, Filipina, Nigeria, Sri Lanka, Vietnam, Kemboja, Laos atau dari mana-mana Negara lain sekiranya dikehendaki, perlu disahkan oleh pihak perwakilan Malaysia di Negara pemohon, atau kedutaan Negara pemohon di Malaysia, dan disahkan semula oleh Kementerian Luar Negara (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.
8. Sijil perkahwinan (ASAL) dikeluarkan oleh Kerajaan Vietnam perlu disahkan oleh Kedutaan Vietnam di Malaysia dan disahkan semula oleh Kementerian Luar Negara (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.
9. Surat daripada Kerajaan Myanmar yang mengesahkan sijil perkahwinan Myanmar adalah tulen dan sah dan perlu disahkan semula oleh Kementerian Luar Negara (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.
10. Sijil lahir bagi warganegara asing (ASAL dan salinan).
11. Warganegara:
– Dekri Nisi Mutlak / Sijil Perceraian, jika belum dikemaskini (ASAL dan salinan).
– Sijil / Daftar Kematian pasangan sebelum ini, jika berkaitan (ASAL dan salinan).
12. Bukan Warganegara:
– Dekri Nisi Mutlak / Sijil Perceraian, jika belum dikemaskini (ASAL dan salinan).
– Sijil / Daftar Kematian pasangan sebelum ini, jika berkaitan (ASAL dan salinan).
13. Surat pengesahan bahawa pemohon bukan beragama Islam dari Kerajaan Negara Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Pakistan, Syria, Uzbekistan, Kazakhstan, Bangladesh atau Negara Islam yang lain atau mana-mana negara lain sekiranya diperlukan.
Jika selain negara-negara di atas, JPN berhak untuk meminta apa jua dokumen sokongan sebelum permohonan boleh diterima.
14. Pastikan bahawa semua dokumen asal yang BUKAN dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan oleh penterjemah bertauliah. Penterjemah perlu menurunkan tandatangan, cop jawatan, maklumat untuk dihubungi dan tarikh terjemahan pada dokumen yang diterjemahkan.
15. Bagi terjemahan yang dilakukan di Mahkamah Malaysia atau Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM) atau penterjemah bertauliah di Malaysia tidak perlu mendapat pengesahan Pejabat Perwakilan Negara pemohon di Malaysia dan Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) di Putrajaya.

RM20.00

Bagi pendaftaran lewat melebihi 6 bulan dari tarikh pendaftaran perkahwinan diluar Malaysia penalti adalah:

1. RM100.00 bagi tahun pertama.

2. RM50.00 bagi setiap tahun berikut atau sebahagiannya.

Read more...

Pendaftaran Semula Perkahwinan Bagi Pasangan Bukan Islam Yang Telah Berkahwin Mengikut Sesuatu Undang-Undang, Adat Atau Kelaziman Sebelum 01.03.1982

Print Friendly and PDF

1. Permohonan untuk pendaftaran semula perkahwinan bagi warganegara Malaysia bukan Islam yang berkahwin mengikut sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman sebelum 01.031982.
2. Pendaftaran semula ini tidak terpakai bagi warganegara asing yang telah mendapat status warganegara Malaysia selepas perkahwinan beliau didaftarkan mengikut undang-undang negara asing.

Pasangan dikehendaki hadir ke kaunter JPN semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.

  1. Borang JPN.KC06 perlu dilengkapkan.
  2. MyKad.
  3. Jika perkahwinan  diupacarakan di luar Malaysia, bukti dokumen dan dokumen perjalanan perlu dikemukakan iaitu pasport ASAL Warganegara Malaysia dan warganegara asing serta salinan-salinan fotostat paspot yang mengandungi maklumat diri, tarikh ketibaan terkini ke Malaysia, dan maklumat tarikh masuk serta keluar  dari negara berkenaan semasa perkahwinan itu didaftarkan.
  4. Satu (1) keping gambar warna berukuran pasport bagi setiap pemohon.
  5. Daftar Perkahwinan ASAL dan salinan fotostat
  6. Daftar Kelahiran ASAL anak-anak dan salinan fotostat (jika ada).
  7. Kad jemputan perkahwinan (jika ada).
  8. Gambar perkahwinan mengikut undang-undang, adat, agama atau kelaziman (jika ada)
  9. Semua dokumen, jika berkaitan perlu diterjemahkan ke dalam  Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris oleh penterjemah bertauliah dan disertakan bersama permohonan.

RM20.00 bagi bayaran Daftar Perkahwinan

Perkahwinan, jika sah mengikut undang-undang, agama, adat atau kelaziman sebelum 01/03/1982, iaitu, tarikh penguatkuasaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164],  maka ia disifatkan sebagai telah didaftarkan. Oleh itu, pendaftaran perkahwinan bagi pasangan berkaitan adalah secara sukarela.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC06 – Borang Pendaftaran Perkahwinan

Read more...
Font Resize
X