Tag - Semenanjung

Pendaftaran Lewat Kelahiran

Print Friendly, PDF & Email

Permohonan pendaftaran kelahiran lewat bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia yang didaftarkan selepas 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.

KELAYAKAN PEMOHON ATAU PENGANJUR ATAU PEMAKLUM

Pemohon hendaklah terdiri daripada dua (2) orang iaitu:

  1. Ibu dan bapa kanak-kanak
  2. Ibu atau bapa dan seorang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran yang umurnya 15 tahun lebih tua daripada kanak-kanak (jika ibu atau bapa tidak dapat dikesan / meninggal dunia)
  3. Dua (2) orang penganjur yang mengetahui mengenai kanak-kanak tersebut dan masing-masing berumur 21 tahun dan ke atas di mana perbezaan umur sekurang-kurangnya 15 tahun lebih tua daripada kanak-kanak (jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan / meninggal dunia);
  4. Dua (2) orang penganjur yang merupakan Pegawai Kebajikan Masyarakat atau dua (2) orang yang diberi hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (jika kanak-kanak yang dijumpai terdampar).

Pemohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia berhampiran dengan tempat tinggal pemohon dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  1. Borang Carian Kelahiran JPN.LM12 (bagi kelahiran yang berlaku pada tahun 2002 dan ke bawah)
  2. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 diisi dengan lengkap
  3. Kad Pranatal atau Rawatan Mengandung, Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, Surat Akuan Bidan atau Doktor (asal dan salinan).
  4. Gambar Penuh Terkini kanak-kanak Ukuran Poskad 4R (satu (1) keping)
  5. Gambar Terkini Ukuran Pasport kanak-kanak (satu (1) keping)
  6. Surat Akuan Kelahiran Kanak-kanak oleh Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan kelahiran kanak-kanak berlaku
  7. Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan berserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah perlu diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas.
  8. Surat Akuan Saksi oleh dua (2) orang yang mengetahui mengenai kelahiran

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport atau Sijil Kematian (asal dan salinan)
  2. Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian (asal dan salinan)
  3. Gambar Terkini Ukuran Pasport ibu, bapa(satu (1) keping)

DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)

  1. Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada (asal dan salinan)
  2. Gambar Terkini Ukuran Pasport adik-beradik kandung seibu sebapa (satu (1) keping)
  3. Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A

DOKUMEN PENGANJUR (ASAL DAN SALINAN)

  1. Akuan Sumpah Berkanun JPN.LM27 bagi dua (2) orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran
  2. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport atau Sijil Kematian pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan)

Bayaran

Fi Permohonan: RM 50.00

JPN.LM12-Permohonan Carian/Cabutan

JPN.LM01
-Daftar Kelahiran/Kelahiran Mati

BMK 81-BORANG MAKLUMAT KELUARGA (2 SEPARATE PAGE)-JPN PUTRAJAYA

BMK 81A-BORANG SENARAI GAMBAR (SEPARATE PAGE)-JPN PUTRAJAYA

JPN.LM27-BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN LEWAT KELAHIRAN -Surat Akuan Berkanun

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan,  sila gunakan borang asal.

Read more...

Pendaftaran Kelahiran Biasa

Print Friendly, PDF & Email

Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat oleh individu berikut:
  1. Ibu atau bapa kanak-kanak;
  2. Penjaga kanak-kanak yang sah;
  3. Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak
  4. Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)

.

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
  1. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 diisi dengan lengkap;
  2. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  3. Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan)
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
  2. Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan jika berkaitan)
  3. Sijil Perkahwinan atau Perceraian (asal dan salinan)
DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)
  1. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan);

.

Tiada bayaran dikenakan.

JPN.LM01 -Daftar Kelahiran/Kelahiran Mati

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Read more...

Kelahiran – Semenanjung

Read more...
Font Resize
X