FAQ
Contact Us
Complaints
Sitemap

Extract Of Report Of Death Abroad (Peninsular)

Penerangan Permohonan

Permohonan untuk mendapatkan cabutan surat laporan kematian luar negara. Permohonan cabutan ini hanya boleh dibuat oleh pemohon yang layak sekiranya maklumat kematian si mati yang berlaku di luar negara telah dilapor dan dikemaskini dalam sistem JPN.

(Surat cabutan permohonan mati luar Negara akan dikeluarkan)

Syarat / Kelayakan Permohonan

Permohonan cabutan laporan kematian boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut:

1. Ibu atau bapa (termasuk ibu atau bapa angkat yang sah atau ibu atau bapa tiri)
2. Suami atau isteri yang sah.
3. Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri).
4. Adik-beradik (termasuk adik-beradik angkat yang sah).
5. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).
6. Firma Guaman (bagi waris kategori 1-5).
7. Badan Berkanun.
8. Agensi Kerajaan.

Prosedur Permohonan

Permohonan boleh dibuat di Pejabat JPN di seluruh Malaysia.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan

A. INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 5
• Borang JPN.LM13 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan).
• Salinan Sijil Kematian si mati (jika ada).
• Dokumen perkahwinan (asal dan salinan) (jika permohonan adalah suami / isteri si mati)

B. INDIVIDU DALAM KATEGORI 6
• Borang JPN.LM13 yang telah lengkap diisi (asal).
• Surat Rasmi dari Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kematian (asal).
• Surat lantikan daripada anak guam (asal).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri peguam (asal dan salinan).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (salinan yang telah disahkan oleh Pejabat Firma Guaman).
• Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan - jika berkaitan).

C. INDIVIDU DALAM KATEGORI 7 DAN 8
• Borang JPN.LM13 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
• Surat Rasmi dari Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kematian (asal).
• Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan - jika berkaitan).

Bayaran

Percuma

Borang

JPN.LM13 - Borang Carian/Cabutan Daftar Kematian 
(dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.


Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan

 

RECOGNITION AND CERTIFICATION


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

© Copyright 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Last Updated: