MyPR

MYPR
Semua penduduk Malaysia yang bertaraf Pemastautin Tetap dikehendaki menukar kad pengenalan mereka kepada MyPR mulai 1 Jun 2006.
CIRI-CIRI MYPR
- Identifikasi Pemastatutin tetap dengan lebih jelas.
- Berlatar belakangkan warna merah
- Memaparkan maklumat kerakyatan asal.
- Memaparkan nombor permit masuk bagi yang berkaitan
PROSEDUR PERMOHONAN MYPR
- Permohonan kali pertama hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya dan pejabat JPN Ibu Negeri sahaja.
- Permohonan gantian boleh dibuat di mana-mana kaunter JPN yang berhampiran.
DOKUMEN SOKONGAN
- Permit masuk asal dan salinan
- Pasport asal dan salinan
- Sijil kelahiran asal dan salinan bagi mereka yang lahir di Malaysia
- Sijil anak angkat asal dan salinan (jika berkaitan)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
BAYARAN
RM 40.00





