Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman
  • Utama
  • Maklumat Korporat

Sejarah


1807 – Piagam Keadilan 1807 (Piagam Pertama) telah menubuhkan undang-undang Inggeris yang dikenali sebagai Lex Loci (law of the land) di Pulau Pinang

26.11.1826 – Piagam Keadilan 1826 (Piagam Kedua) pula telah menubuhkan undang-undang Inggeris yang dikenali sebagai Lex Loci (law of the land) di Singapura dan Melaka walaupun undang-undang tersebut bukanlah per se menggantikan undang-undang adat. Hasilnya, kes undang-undang dan adat-adat tempatan ini dipinda kepada undang-undang Inggeris.

1867 – Negeri-negeri Selat (Straits Settlements) telah dipisahkan dari Kerajaan di India (oleh operasi kerajaan di bawah Akta Negeri-negeri Selat 1866) iaitu di bawah kuasa perundangan.

4.2.1867 – Selaras dengan Surat Kurnia, kuasa perundangan di dalam tanah jajahan telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (Legislative Council The Straits Settlements).

1874 – 1899 – Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) menjadi negeri naungan Great Britain dari ancaman musuh. 13.7.1889 – Digabungkan menjadi Persekutuan Tanah Melayu.

1895 – Sebelum tahun 1895, Persekutuan Tanah Melayu beroperasi secara berasingan, sehinggalah satu undang-undang digubal supaya pengasingan dibuat untuk undang-undang berkaitan dengan pendaftaran kelahiran, kematian, pengebumian, perkahwinan dan perceraian. Pada tahun 1895, ianya beroperasi di bawah Majlis Persekutuan.

Rekod-rekod kelahiran dan kematian yang telah direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia masih lagi dipelihara sejak hampir 150 tahun yang lalu. Dalam tahun 1948, kad pengenalan pertama telah dikeluarkan semasa waktu darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran). Peraturan-peraturan 1948 telah diperluaskan melalui Ordinan Darurat 1948.

Kad pengenalan untuk Persekutuan Tanah Melayu telah dikeluarkan pada 2 Ogos 1960.Urusan kelahiran, kematian, pengangkatan, kewarganegaraan dan perkahwinan pada awalnya diletakkan di bawah kerajaan negeri sehingga undang-undang persekutuan dibentuk untuk memberikan perkhidmatan kepada orang awam mengenai perkara-perkara berkaitan pendaftaran. Jabatan Pendaftaran Negara Tanah Melayu telah dibentuk untuk mentadbir akta untuk Parlimen sehingga ke hari ini.

Proses Menyalut Kad Pengenalan Lama (Tahun 1961)
Orang Ramai Beratur Untuk Menukar Kad Pengenalan Kertas ke Kad Pengenalan Plastik (Tahun 1961)
Lawatan DYMM Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Ke-3 ke Ibu Pejabat JPN (Tahun 1961)
Sijil Warganegara Malaysia Yang Pertama Kali Dikeluarkan (tahun 1964)
Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Mengambil Cap Jari Untuk Permohonan Kad Pengenalan (Tahun 1961)
Kad Pengenalan Plastik Pertama Bernombor 0000001 Dimiliki Oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman
PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: