Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Kelahiran


Soalan Lazim
KELAHIRAN

Sijil Kelahiran hilang, rosak atau musnah. Bagaimana mendapatkan Salinan atau Cabutan Sijil Kelahiran?

 

Pemilik Sijil Kelahiran/ ibu-bapa/ waris boleh memohon Cabutan Sijil Kelahiran dengan cara :-

Hadir ke pejabat JPN yang berhampiran dengan membawa bersama-sama Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri (asal dan salinan) seterusnya mengisi Borang JPN.LM12. Bayaran RM 5.00 dikenakan bagi setiap Cabutan Sijil Kelahiran.

Ibu yang baru melahirkan anak. Siapakah yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak tersebut?

Individu yang boleh memaklumkan kelahiran kanak-kanak adalah seperti berikut:-

  • Bapa kanak-kanak atau;
  • Ibu kanak-kanak atau;
  • Orang yang tinggal serumah di mana kanak-kanak dilahirkan atau;
  • Mana-mana orang yang menyaksikan kelahiran itu; atau
  • Mana-mana orang yang menjaga kanak-kanak.
Kanak-kanak tidak mempunyai Sijil Kelahiran, usianya telah melebihi 60 hari dan telah dilahirkan di dalam Semenanjung Malaysia

Jika ibu/bapa atau penjaga yang sah mempunyai bukti bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di dalam Semenanjung Malaysia, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran boleh dibuat di mana-mana kaunter JPN berhampiran di dalam Semenanjung Malaysia.

Kelahiran kanak-kanak berlaku di luar perkahwinan/nikah (anak tak sah taraf/anak luar nikah) (untuk orang yang bukan beragama Islam)

Maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran, kecuali dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut. Seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama dengan ibu kanak-kanak.

Ibu/bapa ingin mengubah nama anak dalam Sijil Kelahiran.

Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai (1) setahun.

Pertanyaan Lanjut

Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) di

https://jpn.spab.gov.my

atau sila hubungi:

Pegawai Perkhidmatan Pelanggan

Tel : 03-80008000

Faks : 03-88808288

Emel (@jpn.gov.my): pro

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: