Seseorang yang telah mendapat kad pengenalan kali pertama iaitu semasa berumur 12 tahun, dikehendaki menukar semula kad pengenalannya apabila telah mencapai umur 18 tahun. Sekiranya penukaran ini dibuat dalam tempoh umur 18 – 25 tahun, tiada sebarang denda dikenakan.
Bagi mereka yang belum memiliki kad pengenalan walaupun telah berumur lebih 16 tahun adalah dinasihatkan untuk datang ke mana-mana JPN yang berhampiran untuk memohon daftar lewat kad pengenalan. Pemohon dan penganjur perlu hadir bersama-sama untuk ditemuduga, dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:-
Anda layak memohon kad pengenalan dengan status Pemastautin Tetap(Merah). Syarat-syarat permohonan adalah dengan membawa permit masuk dan pasport serta salinan kedua-duanya dan bayaran permohonan sebanyak RM 40.00. Permohonan boleh dibuat di JPN Putrajaya dan Ibu Pejabat JPN Negeri sahaja.
Kerosakan cip yang bukan disebabkan oleh sengaja dirosakkan, salah guna dan sebagainya dalam tempoh satu tahun dari tarikh penyerahan kad adalah diberi gantian secara percuma, dan jika tempoh kad telah dipegang oleh pemohon melebihi satu tahun, bayaran sebanyak RM 10.00 dikenakan.
Kad pengenalan hilang akan dikenakan bayaran mengikut bilangan kehilangan. Sila lihat Jadual bayaran.
Mykad boleh disiapkan dalam tempoh 30 minit bagi pemohon yang memilih untuk membuat kutipan MyKadnya di Ibu Pejabat JPN dan JPN yang mempunyai mesin cetakan teragih. Bagi pemohon yang memilih untuk membuat kutipan MyKadnya di mana-mana pejabat cawangan JPN di Semenanjung Malaysia, maka MyKad akan disiapkan
dalam tempoh 5 hari bekerja. Manakala 7 hari bekerja bagi pemohon yang memilih untuk membuat kutipan MyKadnya di mana-mana pejabat cawangan JPN di Sabah, Sarawak dan Labuan. Piagam MyKad siap ini hanya melibatkan permohonan dari Warganegara Malaysia dan permohonan tidak bermasalah sahaja.
Penukaran alamat pada cip kad pengenalan adalah tidak dibenarkan. Hanya permohonan penukaran alamat yang melibatkan pengeluaran kad pengenalan gantian sahaja dibenarkan.
Ya, JPN turut menerima pembayaran secara elektronik iaitu melalui Kad Kredit, Kad Debit dan MEPS.
e-Pertanyaan (SISPAA JPN)
atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my) : pro
Tuan/puan boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk memohon cetakan kandungan cip kad pengenalan yang tercatat masalah cap jari.
Tuan/puan boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dengan mengemukakan laporan polis yang menyatakan sebab kehilangan kad pengenalan tersebut.
Permohonan temujanji boleh dibuat dengan melayari pautan: https://mytemujanji.jpn.gov.my/