Bahagian Kewarganegaraan bertanggungjawab: -
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab dalam aspek pembangunan organisasi, pengurusan personel dan pembangunan sumber manusia di JPN. Selain itu BSM turut bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan program psikologi dan kaunseling , Pengurusan pusat sumber dan juga Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
Terdapat empat seksyen/unit:
Bahagian Kewangan dan Pembangunan adalah bahagian yang bertanggungjawab merancang,melaksanakan dasar-dasar pengurusan belanjawan, mengkaji, menyediakan anggaran perbelanjaan JPN. Bahagian ini turut bertanggungjawab menyelaras perolehan-perolehan di JPN dan menguruskan hal kewangan seperti pengurusan pembayaran gaji/elaun dan tuntutan perjalanan kakitangan JPN, memproses pembayaran ke atas barangan dan perkhidmatan dari bahagian - bahagian di JPN.
Terdapat beberapa unit;
Bahagian MEKAR dan Korporat merupakan satu Bahagian baharu di JPN, yang diwujudkan pada Tahun 2023 dengan mengabungkan dua unit sedia ada iaitu Unit MEKAR dari Bahagian Kad Pengenalan dan; Unit Komunikasi Korporat. Bahagian ini bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program MEKAR di semua JPN.
Selain itu semua peranan komunikasi Korporat juga diselaraskan oleh Bahagian ini.
Terdapat dua seksyen/unit:;
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) adalah bahagian yang bertanggungjawab menjalankan siasatan ke atas kes-kes yang menyalahi akta dan peraturan JPN. Bahagian ini juga menjalankan risikan dan intipan terhadap aduan penyalahgunaan kad pengenalan dan dokumen JPN serta operasi penguatkuasaan di lapangan seterusnya membuat tangkapan dan pendakwaan di mahkamah.
Selain itu, bahagian ini juga melakukan pengesahan biometrik pengawal keselamatan, mengeluarkan Surat Pemberian Kuasa Kebenaran Pengemukaan dan Pemeriksaan Kad Pengenalan, membekalkan rekod individu dan keluarga kepada agensi-agensi penguatkuasaan diMalaysia.
Terdapat tiga (3) seksyen di bawah BSK seperti berikut;
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTM) adalah bahagian yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk kegunaan JPN dan agensi luar yang berkaitan mengikut perkembangan teknologi dan keperluan semasa selaras dengan aktiviti bisnes utama JPN.
Terdapat empat (4) seksyen di bawah BTM seperti berikut;