Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan MEKAR

MEKAR

PENJELASAN PERMOHONAN

MEKAR – inisiatif prihatin terbaik Jabatan dalam menyokong aspirasi Malaysia MADANI untuk memberi perkhidmatan JPN terus kepada rakyat terutama golongan yang memerlukan seperti warga emas, orang kelainan upaya (OKU), pesakit terlantar, pesakit mental dan mereka yang tiada keupayaan untuk hadir ke mana-mana pejabat JPN untuk mendapatkan perkhidmatan.

Jenis perkhidmatan MEKAR

  1. Mekar Ihsan – Golongan berisiko seperti warga emas, OKU, pesakit terlantar, pesakit mental, pesakit kronik
  2. Mekar Komuniti – Program agensi kerajaan, badan berkanun, NGO dan persatuan penduduk setempat
  3. Mekar Pahlawan – Pendaftaran MYTENTERA, MYPOLIS (PDRM) & Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSN)
  4. Mekar Identiti – Individu di pusat tahanan, pusat jagaan orang tua, hospital mental & individu diragui status kewarganegaraannya

PROSEDUR PERMOHONAN – pemohon boleh membuat permohonan melalui telefon dan e-mel kepada :

MEKAR JPNNO. TELEFONALAMAT E-MEL
Putrajaya03-8880 8014mekar@jpn.gov.my
Selangor03-5519 7155/ 03-5511 7355pppselangor@jpn.gov.my
Kedah04-731 4585pppkedah@jpn.gov.my
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur03-6205 7600pppwilayah@jpn.gov.my
Negeri Sembilan06-765 1611pppn9@jpn.gov.my
Perak05-528 8805/ 06/ 07pppperak@jpn.gov.my
Terengganu09-630 1031/ 35/ 39pppterengganu@jpn.gov.my
Perlis04-979 5200pppperlis@jpn.gov.my
Johor07-234 1691/ 34pppjb@jpn.gov.my
Kelantan09-744 1717/ 09-748 2793pppkelantan@jpn.gov.my
Pahang09-531 8886jpnpahang2u@jpn.gov.my
Melaka06-232 6600pppmelaka@jpn.gov.my
Pulau Pinang04-226 5161ppppenang@jpn.gov.my
Sabah088-488 308mekarsabah@jpn.gov.my
Sarawak082-237 806/ 082-237 872mymekarehsan_kch@jpn.gov.my

Perkhidmatan yang disediakan melalui bas MEKAR dan van MEKAR

  1. Gantian kad pengenalan- (Rosak/Hilang/Tukar alamat (sertakan bil utiliti)
  2. Permohonan kad pengenalan 12 tahun
  3. Pendaftaran sijil kelahiran
  4. Pendaftaran sijil kematian
  5. Cabutan sijil kelahiran
  6. Cabutan sijil kematian
  7. Pertanyaan dan cetakan maklumat cip MyKad
  8. Khidmat nasihat

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai