Kod Etika
Maklumat Korporat
Kod Etika
Kod etika ini disusun sebagai panduan nilai kerja warga Jabatan Pendaftaran Negara.
Profesional
- Memberi komitmen tinggi dan sentiasa bersedia menjalankan tugas.
- Bertanggungjawab, gigih dan menepati tempoh kerja yang ditetapkan.
- Mengutamakan kualiti, kemahiran dan kebijaksanaan dalam tugasan.
- Berintegriti, objektif dan tidak bersikap berat sebelah.
- Mengamalkan kreativiti, inovasi, motivasi, daya saing dan akauntabiliti.
Bertindak Sebagai Satu Pasukan
- Bergerak ke arah visi yang sama.
- Melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada aktiviti Jabatan.
- Berkongsi pengalaman, maklumat, ilmu dan pengetahuan.
- Menjaga imej Jabatan pada setiap masa.
- Mengamalkan toleransi, kerjasama dan saling menghormati.
Kecemerlangan dan Keunggulan
- Sentiasa berusaha memberikan hasil kerja terbaik.
- Menambah baik prestasi kerja secara berterusan.
- Peka dan prihatin terhadap kehendak pelanggan.
- Menguasai pelbagai kemahiran untuk melaksanakan pelbagai tugasan.
- Mengamalkan dedikasi dan disiplin dalam pekerjaan.
Berhemah dan Berwibawa
- Jujur, amanah dan berakhlak tanpa menyalahgunakan kuasa.
- Bertimbang rasa, mesra, adil dan saksama.
- Tegas, tepat dan konsisten dalam membuat keputusan.
- Tenang, sabar dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
- Terbuka menerima teguran serta menampilkan diri secara kemas dan berbudi bahasa.
Pembelajaran Berterusan
- Bersedia belajar daripada pengalaman diri dan orang lain.
- Mencari ruang untuk meningkatkan kemahiran diri.
- Menggalakkan warga Jabatan terus memajukan diri.
- Memupuk bakat individu secara berterusan.
- Tidak segan untuk bertanya bagi tujuan penambahbaikan.