Kad Pengenalan
Soalan Lazim Kad Pengenalan
Senarai soalan lazim dan jawapan untuk rujukan awam.
MYKAD GENERASI BAHARU
Apakah MyKad Generasi Baharu?
MyKad Generasi Baharu ialah versi baharu MyKad yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan penambahbaikan dari segi reka bentuk, ciri keselamatan dan fungsi.
Bilakah MyKad Generasi Baharu mula dikeluarkan?
MyKad Generasi Baharu dicadangkan untuk mula dikeluarkan pada 17 September 2026 secara berperingkat.
Adakah semua permohonan kad pengenalan bermula 17 September 2026 akan menerima MyKad Generasi Baharu?
Ya. Bagi permohonan kad pengenalan yang tidak bermasalah dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan, MyKad Generasi Baharu akan dikeluarkan mulai 17 September 2026. Bagi cawangan JPN yang mempunyai kemudahan mencetak MyKad Generasi Baharu, kad akan dapat disiapkan pada hari yang sama. Manakala, bagi cawangan JPN yang tidak mempunyai kemudahan cetakan, MyKad Generasi Baharu akan disiapkan dalam tempoh 5 hari bekerja.
Senarai cawangan JPN yang boleh mencetak MyKad Generasi Baharu pada hari yang sama adalah seperti berikut:
| Bil. | Negeri | Cawangan |
|---|---|---|
| 1 | W.P. PUTRAJAYA | JPN PUTRAJAYA |
| 2 | PERLIS | UTC PERLIS |
| 3 | KEDAH | UTC KEDAH |
| 4 | KEDAH | JPN KEDAH |
| 5 | KEDAH | UTC SUNGAI PETANI |
| 6 | PULAU PINANG | JPN SEBERANG PERAI UTARA |
| 7 | PULAU PINANG | UTC PULAU PINANG |
| 8 | PULAU PINANG | JPN PULAU PINANG |
| 9 | PULAU PINANG | UTC SEBERANG PERAI |
| 10 | PERAK | UTC PERAK |
| 11 | PERAK | JPN PERAK |
| 12 | MELAKA | JPN MELAKA |
| 13 | MELAKA | UTC MELAKA |
| 14 | NEGERI SEMBILAN | UTC NEGERI SEMBILAN |
| 15 | SELANGOR | UTC SELANGOR |
| 16 | SELANGOR | JPN SELANGOR |
| 17 | SELANGOR | JPN PETALING JAYA |
| 18 | W.P. KUALA LUMPUR | UTC KERAMAT |
| 19 | W.P. KUALA LUMPUR | UTC KUALA LUMPUR |
| 20 | W.P. KUALA LUMPUR | UTC SENTUL |
| 21 | W.P. KUALA LUMPUR | JPN KUALA LUMPUR |
| 22 | JOHOR | UTC PASIR GUDANG |
| 23 | JOHOR | UTC JOHOR |
| 24 | JOHOR | JPN JOHOR |
| 25 | PAHANG | JPN PAHANG |
| 26 | PAHANG | UTC PAHANG |
| 27 | TERENGGANU | UTC TERENGGANU |
| 28 | TERENGGANU | JPN TERENGGANU |
| 29 | TERENGGANU | JPN DUNGUN |
| 30 | KELANTAN | JPN KELANTAN |
| 31 | KELANTAN | UTC KELANTAN |
| 32 | SARAWAK | UTC SIBU |
| 33 | SARAWAK | UTC MIRI |
| 34 | SARAWAK | JPN SARAWAK |
| 35 | SARAWAK | UTC SARAWAK |
| 36 | SABAH | UTC KENINGAU |
| 37 | SABAH | UTC SABAH |
| 38 | SABAH | JPN TAWAU |
| 39 | SABAH | JPN SANDAKAN |
| 40 | W.P. LABUAN | UTC LABUAN |
Senarai tambahan pejabat cetakan MyKad Generasi Baharu bagi Fasa 2 adalah seperti berikut:
| Bil. | Negeri | Pejabat |
|---|---|---|
| 1 | KEDAH | JPN KULIM |
| 2 | PERAK | JPN TAIPING |
| 3 | PERAK | JPN MANJUNG |
| 4 | PERAK | JPN BAGAN DATUK |
| 5 | MELAKA | JPN JASIN |
| 6 | SELANGOR | JPN KLANG |
| 7 | JOHOR | JPN KOTA TINGGI |
| 8 | JOHOR | JPN KLUANG |
| 9 | JOHOR | JPN BATU PAHAT |
| 10 | JOHOR | JPN LABIS |
| 11 | PAHANG | JPN RAUB |
| 12 | PAHANG | JPN TEMERLOH |
| 13 | TERENGGANU | JPN BESUT |
| 14 | KELANTAN | JPN MACHANG |
| 15 | KELANTAN | JPN GUA MUSANG |
| 16 | SARAWAK | JPN SRI AMAN |
| 17 | SARAWAK | JPN SARIKEI |
| 18 | SARAWAK | JPN KAPIT |
| 19 | SARAWAK | JPN BINTULU |
| 20 | SABAH | JPN SABAH |
| 21 | SABAH | JPN PAPAR |
| 22 | SABAH | JPN SIPITANG |
| 23 | SABAH | JPN KOTA MARUDU |
| 24 | W.P. PUTRAJAYA | BAS MEKAR PUTRAJAYA |
Adakah semua rakyat perlu menukar MyKad lama kepada MyKad Generasi Baharu?
TIDAK. Pemegang MyKad sedia ada tidak perlu menukar MyKad semata-mata kerana pengenalan MyKad Generasi Baharu, selagi MyKad tersebut tidak rosak. Walau bagaimanapun, pemegang Kad Pengenalan Plastik (KPP), Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan MyKad (tanpa ghost image) perlu menukar kepada MyKad Generasi Baharu.
Adakah MyKad Generasi Baharu boleh digunakan untuk menerima bantuan dan subsidi kerajaan?
Ya. MyKad Generasi Baharu boleh digunakan bagi bantuan atau subsidi kerajaan yang menggunakan MyKad sebagai medium pengesahan atau penebusan, tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.
Adakah saya akan kehilangan baki SARA apabila mendapat MyKad Generasi Baharu?
Tidak. Baki dan kelayakan SARA tidak disimpan di dalam MyKad, sebaliknya direkodkan dalam sistem SARA. MyKad digunakan sebagai medium pengesahan penerima dan untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya yang mengambil bahagian.
Oleh itu, pertukaran kepada MyKad Generasi Baharu tidak bermaksud baki atau kelayakan SARA akan hilang. Rekod baki dan kelayakan penerima akan terus dirujuk melalui sistem SARA. Sebarang informasi berkenaan SARA boleh dirujuk melalui Portal Rasmi SARA di www.sara.gov.my atau saluran rasmi MyKasih.
Adakah kemudahan Touch ’n Go masih tersedia dalam MyKad Generasi Baharu?
Maaf. Kemudahan Touch ’n Go tidak lagi disediakan dalam MyKad Generasi Baharu. Bagi pengguna yang ingin terus menggunakan perkhidmatan Touch ’n Go, kemudahan tersebut boleh digunakan melalui eWallet Touch ’n Go atau kad Touch ’n Go yang berasingan.
Adakah rupa MyKad Generasi Baharu berbeza daripada MyKad sekarang?
Ya. Terdapat perubahan yang sangat menarik pada reka bentuk dan struktur MyKad, termasuk penambahbaikan pada ciri-ciri keselamatan fizikal.
Adakah nombor MyKad akan berubah apabila menerima MyKad Generasi Baharu?
Tidak. Pengeluaran MyKad Generasi Baharu tidak bermaksud nombor kad pengenalan seseorang akan berubah.
Adakah maklumat peribadi pada MyKad akan berubah?
Tidak. Maklumat pada MyKad adalah berdasarkan rekod rasmi JPN dan tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.
Adakah MyKad Generasi Baharu boleh digunakan untuk urusan kerajaan seperti biasa?
Ya. MyKad kekal sebagai dokumen pengenalan diri rasmi rakyat Malaysia dan boleh digunakan untuk urusan kerajaan tertakluk kepada keperluan agensi berkenaan.
Bagaimana pula dengan urusan di bank dan perkhidmatan lain yang menggunakan MyKad?
Pelaksanaan MyKad Generasi Baharu telah mengambil kira keperluan sistem dan perkhidmatan yang menggunakan MyKad. Penyesuaian akan dibuat secara berperingkat bersama pihak berkaitan bagi memastikan urusan rakyat terus berjalan lancar.
Adakah penggantian MyKad Generasi Baharu dikenakan bayaran?
Bayaran adalah tertakluk kepada kategori permohonan dan kadar yang ditetapkan oleh JPN.
Adakah MyKad Generasi Baharu akan menggantikan MyKad sedia ada serta-merta?
Tidak. Peralihan akan dilaksanakan secara berperingkat dan terkawal bagi memastikan urusan rakyat, termasuk urusan pengenalan diri serta bantuan dan subsidi kerajaan, terus berjalan seperti biasa.
Perlukah saya datang ke JPN sekarang untuk menukar MyKad kepada MyKad Generasi Baharu?
Tidak. Orang awam tidak perlu hadir ke JPN semata-mata untuk menukar MyKad sedia ada. Sekiranya ingin membuat penggantian, permohonan boleh dibuat mengikut prosedur JPN. Pemohon digalakkan membuat janji temu terlebih dahulu melalui www.mytemujanji.jpn.gov.my bagi memudahkan urusan di kaunter.
Nota Penting
Orang ramai tidak perlu bimbang bahawa pengenalan MyKad Generasi Baharu akan menyebabkan bantuan atau subsidi kerajaan terhenti. JPN sentiasa bekerjasama dengan Kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan serta bantuan kepada rakyat yang layak. Sebarang maklumat berkaitan tatacara permohonan, lokasi, bayaran dan pelaksanaan MyKad Generasi Baharu bolehlah dirujuk melalui saluran rasmi JPN.
SOALAN LAZIM KAD PENGENALAN SEDIA ADA
Saya berumur 17 tahun, bilakah patut saya menukar kad pengenalan gantian saya?
Seseorang yang telah mendapat kad pengenalan kali pertama semasa berumur 12 tahun dikehendaki menukar semula kad pengenalannya apabila mencapai umur 18 tahun.
Sekiranya penukaran dibuat dalam tempoh umur 18 hingga 25 tahun, tiada sebarang denda dikenakan.
Saya telah berumur 25 tahun dan masih belum memiliki kad pengenalan. Apakah yang perlu saya lakukan?
Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN berhampiran untuk membuat permohonan daftar lewat kad pengenalan.
Pemohon dan penganjur perlu hadir bersama untuk ditemuduga dengan membawa dokumen berikut:
- Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat / Borang W
- Permit Masuk / Pengesahan Taraf Warganegara
- Kad Pengenalan Penganjur
Saya seorang warganegara asing dan telah mendapat permit masuk daripada Jabatan Imigresen Malaysia.
Anda layak memohon kad pengenalan berstatus Pemastautin Tetap (Merah).
Dokumen diperlukan:
- Permit masuk
- Pasport
- Salinan dokumen berkaitan
Bayaran permohonan adalah RM40.00 dan permohonan hanya boleh dibuat di JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri.
Adakah bayaran dikenakan sekiranya berlaku kerosakan terhadap cip kad pengenalan saya?
Jika kerosakan cip bukan disebabkan kecuaian dan berlaku dalam tempoh satu tahun dari tarikh penyerahan kad, gantian diberikan secara percuma.
Jika melebihi satu tahun, bayaran RM10.00 dikenakan.
Berapakah bayaran dikenakan sekiranya saya kehilangan kad pengenalan?
Bayaran kehilangan kad pengenalan dikenakan berdasarkan jumlah kehilangan. Sila rujuk jadual bayaran rasmi JPN.
Berapa lamakah tempoh permohonan MyKad boleh disiapkan?
MyKad boleh disiapkan dalam tempoh 30 minit bagi pemohon yang memilih kutipan di Ibu Pejabat JPN atau pejabat yang mempunyai mesin cetakan teragih.
Tempoh siap:
- 5 hari bekerja di Semenanjung Malaysia
- 7 hari bekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan
Tempoh ini hanya melibatkan permohonan yang tidak bermasalah.
Bolehkah saya menukar alamat tanpa menukar kad pengenalan saya?
Penukaran alamat pada cip kad pengenalan tanpa pengeluaran kad gantian adalah tidak dibenarkan.
Adakah JPN menerima bayaran selain daripada tunai?
Ya. JPN menerima pembayaran elektronik melalui:
- Kad Kredit
- Kad Debit
- MEPS
Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui
e-Pertanyaan (SISPAA JPN):
https://jpn.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel: 03-80008000
Faks: 03-88808288
Email:
pro@jpn.gov.my
Saya telah mempunyai kad pengenalan dan menghadapi masalah cap jari apabila berurusan di agensi.
Tuan/puan boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN berhampiran untuk memohon cetakan kandungan cip kad pengenalan yang mempunyai masalah cap jari.
Saya telah kehilangan kad pengenalan kali kedua. Apakah yang perlu saya lakukan?
Tuan/puan perlu hadir ke pejabat JPN berhampiran dengan membawa laporan polis yang menyatakan sebab kehilangan kad pengenalan tersebut.
Bagaimana cara membuat permohonan kad pengenalan secara temujanji?
Permohonan temujanji boleh dibuat melalui pautan: