Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Soalan Lazim Kematian

Kematian

Soalan Lazim Kematian

Senarai soalan lazim dan jawapan untuk rujukan awam.

Bapa/ibu/saudara meninggal dunia di Mekah semasa menunaikan Fardhu Haji. Bagaimana cara untuk mendaftarkan kematian ?

Kematian jemaah haji Malaysia di Mekah telah didaftarkan oleh Pendaftar Hedjaz yang dilantik semasa Musim Haji tersebut. Cabutan Sijil Kematian akan diperolehi setelah pemohon (waris yang sah) mengisi Borang JPN.LMH4 dan menyertakan kad pengenalan atau salinan pemohon ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya. Bagi kes selain di atas, pemohon dinasihatkan membuat pendaftaran kematian dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ke Ibu Pejabat JPN Putrajaya dengan mengemukakan dokumen- dokumen si mati seperti salinan sah pasport, kad pengenalan, sijil kelahiran (jika ada), surat pengesahan kematian oleh Kerajaan Arab Saudi, permit kubur, tiket kapal terbang dan lain-lain dokumen sokongan.

Pertanyaan lanjut?

Sekiranya terdapat soalan lain sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) di https://jpn.spab.gov.my atau sila hubungi: Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Tel : 03-80008000 Faks : 03-88808288 Emel (@jpn.gov.my): pro

Sekiranya terdapat soalan lain
Tiada soalan lazim sepadan ditemui.
Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai