Soalanlazim1
Hubungikami1
Aduan1
Petalaman1

PENGEMASKINIAN REKOD PERKAHWINAN (PERCERAIAN / PEMBATALAN)

PENERANGAN AM

Pengemukaan keputusan perceraian / pembatalan perkahwinan oleh Mahkamah kepada Pendaftar Besar Perkahwinan untuk pengemaskinian rekod perkahwinan peribadi seseorang.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Rekod perkahwinan berkaitan perceraian / pembatalan perkahwinan hanya boleh dikemaskini oleh Ibu Pejabat / Ibu Negeri Jabatan Pendaftaran Negara sahaja.

DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN
  1. Dikri Nisi Mutlak / Perintah Mahkamah Tinggi ASAL atau salinan Dikri Nisi Mutlak / Perintah Mahkamah Tinggi yang diakui sah oleh Mahkamah atau Dikri Nisi Mutlak / Perintah Mahkamah Tinggi tersebut terdapat dalam Sistem e-Filling.
  2. Salinan MyKAD.
  3. Salinan Pasport (muka surat mengandungi maklumat diri).
  4. Salinan Daftar Perkahwinan.
NOTA:
  1. Pemohon dinasihatkan untuk membuat photostat Dikri Nisi Mutlak (Sijil Perceraian) bagi tujuan peribadi di masa hadapan.
  2. Perintah Deklarasi daripada Mahkamah Tinggi Malaysia adalah diperlukan bagi semua perkahwinan yang didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] dan perceraian berlaku di luar negara.
BAYARAN

PERCUMA

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my): pro

(C) Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Jumlah Capaian
672076