Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Korporat Sejarah

Sejarah

Maklumat Korporat

Sejarah Jabatan Pendaftaran Negara

Perkembangan sistem pendaftaran negara daripada pengenalan undang-undang awal sehingga pembentukan sistem pendaftaran moden di Malaysia.

Kronologi Sejarah

  1. Piagam Keadilan Pertama

    Piagam Keadilan 1807 memperkenalkan undang-undang Inggeris yang dikenali sebagai Lex Loci atau “law of the land” di Pulau Pinang.

  2. Piagam Keadilan Kedua

    Piagam Keadilan 1826 memperkenalkan undang-undang Inggeris yang dikenali sebagai Lex Loci di Singapura dan Melaka. Walau bagaimanapun, undang-undang tersebut tidak menggantikan undang-undang adat secara keseluruhannya.

  3. Pemisahan Negeri-negeri Selat

    Negeri-negeri Selat dipisahkan daripada pentadbiran Kerajaan India melalui pelaksanaan Akta Negeri-negeri Selat 1866.

  4. Kuasa Perundangan Negeri-negeri Selat

    Selaras dengan Surat Kurnia, kuasa perundangan di tanah jajahan dilaksanakan melalui Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat.

  5. Negeri-negeri Melayu Bersekutu

    Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi negeri naungan British. Pada 13 Julai 1889, negeri-negeri tersebut digabungkan sebagai sebuah persekutuan.

  6. Penyelarasan Undang-undang Pendaftaran

    Undang-undang berkaitan pendaftaran kelahiran, kematian, pengebumian, perkahwinan dan perceraian mula diselaraskan di bawah pentadbiran Majlis Persekutuan.

  7. Pengeluaran Kad Pengenalan Pertama

    Kad pengenalan pertama dikeluarkan semasa zaman darurat melalui Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran) 1948 dan kemudiannya diperluaskan melalui Ordinan Darurat 1948.

  8. Kad Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu

    Kad pengenalan bagi Persekutuan Tanah Melayu mula dikeluarkan. Urusan kelahiran, kematian, pengangkatan, kewarganegaraan dan perkahwinan kemudiannya diselaraskan melalui undang-undang persekutuan.

Galeri Sejarah

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai