Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Warganegara


Saya telah memenuhi semua syarat permohonan tetapi kenapa permohonan saya gagal dan bolehkah saya mengemukakan rayuan ?

Kerajaan belum berpuas hati untuk mempertimbangkan permohonan tuan/puan. Keputusan Y.B.Menteri adalah muktamad dan jika tuan/puan berminat untuk menjadi warganegara Malaysia,  tuan/puan boleh mengemukakan permohonan baru.

Apakah cara untuk mempercepatkan permohonan kewarganegaraan saya ?

Sewaktu permohonan dikemukakan, pemohon telah dimaklumkan bahawa permohonan taraf kewarganegaraan akan diproses dan keputusan akan dimaklumkan secara bertulis kepada pemohon. Walaubagaimanapun, pelanggan boleh mengemukakan surat menyatakan sebab dan alasan bagi mempercepatkan proses permohonan dan ia bergantung kepada Kerajaan Malaysia untuk membuat pertimbangan dan keputusan.

Anak saya lahir di luar negeri dan umurnya sudah setahun. Bolehkah saya mendaftar kelahiran anak saya untuk menjadi warganegara Malaysia dan di mana dan bagaimanakah boleh saya berbuat demikian?

Tuan/puan boleh mengemukakan permohonan perlanjutan pendaftaran kelahiran luar negeri kepada Y.B. Menteri melalui Ibu Pejabat dengan mengisi borang yang sama serta memberi alasan kenapa lewat mendaftar. Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri atau pejabat JPN yang berhampiran jika tuan/puan telah balik ke Malaysia.

Anak saya lahir di Singapura dan saya adalah warganegara Malaysia. Bagaimana saya hendak menjadikan anak saya seorang warganegara Malaysia ?

Jika kelahiran di Singapura, tidak perlu mendaftar dengan Pejabat Perwakilan di Singapura; jika anak tuan/puan hendak menetap di Malaysia pada suatu masa nanti, memadai dengan memohon pengesahan taraf kewarganegaraan dengan JPN melalui Pejabat Perwakilan di Singapura dan kemudian memohon perakuan taraf dengan Jabatan Imigresen.

Kewarganegaraan saya telah dilucutkan/saya telah melepaskan kewarganegaraan Malaysia. Bagaimanakah cara saya hendak menjadi warganegara Malaysia semula ?

Tuan/puan dinasihatkan untuk hadir ke pejabat JPN untuk semakan kelayakan memohon dengan membawa semua dokumen berkaitan.

Saya telah melahirkan anak di luar negara. Saya seorang warganegara Malaysia dan telah berkahwin dengan seorang warganegara asing. Bagaimanakah caranya supaya saya boleh menjadikan anak saya seorang warganegara Malaysia?

Puan boleh memohon warganegara untuk anak tersebut mengikut peruntukan Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan. Puan boleh mengemukakan permohonan di mana-mana Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal puan.

Sekiranya terdapat soalan lain

Sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) di https://jpn.spab.gov.my

atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel :03-80008000
Faks :03-88808288
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 
PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: