Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

PENDAFTARAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA BAGI PEMOHON BUKAN BERAGAMA ISLAM MELALUI PERMOHONAN LESEN ATAU PERSETUJUAN PERKAHWINAN DI BAWAH AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 [AKTA 164]

PENERANGAN AM
  1. Pendaftaran perkahwinan di bawah Akta 164 adalah WAJIB bagi semua Warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam.
  2. Kelulusan lesen yang dinyatakan di bawah perlu diperolehi sebelum permohonan pendaftaran perkahwinan dikemukakan iaitu:
    i)Lesen perkahwinan bagi pihak-pihak yang mempunyai tali persaudaraan yang dilarang (JPN.KC01A).
    ii)Lesen perkahwinan tanpa memerlukan notis perkahwinan dan perakuan untuk perkahwinan dibawah subseksyen 21(1) (JPN.KC01C)

    “Apabila dibuktikan kepada Ketua Menteri dengan Akuan Berkanun bahawa tiada sesuatu halangan yang sah terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu, dan apabila dia berpuas hati bahawa persetujuan yang perlu, jika ada, terhadap perkahwinan itu telah didapati, atau bahawa persetujuan itu telah tidak diperlukan atau telah diberi di bawah Seksyen 12, Ketua Menteri boleh, jika dia fikirkan patut, tidak memerlukan pemberian notis, dan pengeluaran suatu perakuan untuk perkahwinan, dan boleh memberi lesennya dalam borang yang ditetapkan, membenarkan pengupacaraan perkahwinan antara pihak-pihak yang dinamakan dalam lesen itu”.

     iii) Lesen dibawah subseksyen 21(2) (JPN.KC01D).

    “Ketua Menteri boleh, menurut budi bicaranya, memberi suatu lesen di bawah seksyen ini membenarkan pengupacaraan sesuatu perkahwinan walaupun pihak perempuan yang hendak berkahwin itu berumur di bawah 18 tahun, tetapi bagaimanapun tidak boleh memberi lesen itu sebelum perempuan itu berumur genap 16 tahun”.

  3. Manakala bagi Permohonan Lesen Untuk Mengupacarakan Perkahwinan Di Suatu Tempat Lain Daripada Pejabat Pendaftar (JPN.KC01E) perlu dikemukakan selepas permohonan pendaftaran perkahwinan dibuat di JPN.
  4. Lesen dibawah subseksyen 21(3) (JPN.KC01E).

    “Ketua Menteri apabila berpuas hati, dengan akuan berkanun atau apa-apa lain yang difikirkan patut, bahawa adalah lebih sesuai sesuatu perkahwinan di bawah Seksyen diupacarakan di suatu tempat selain di pejabat seseorang Pendaftar boleh mengeluarkan suatu lesen dalam borang yang ditetapkan bagi maksud itu.”

  5. Bagi permohonan perkahwinan yang memerlukan persetujuan perkahwinan di bawah subseksyen 12(1) (JPN.KC01B) perlu diperolehi sebelum permohonan pendaftaran perkahwinan dikemukakan.

JENIS PERKAHWINAN BERLESEN

(i)         LESEN JPN.KC01A (PERKAHWINAN TALI PERSAUDARAAN DI LARANG

PENERANGAN AM
  1. Tali persaudaraan secara seibu atau sebapa adalah suatu halangan yang sama seperti tali persaudaraan seibu-sebapa dan tidaklah material sama ada seseorang telah lahir sah taraf atau tidak sah taraf.
  2. Tertakluk di bawah Seksyen 11 (6) Akta 164:

“Walau apa pun peruntukan Seksyen ini, Ketua Menteri boleh, menurut budi  bicaranya, memberi suatu lesen di bawah Seksyen ini untuk sesuatu perkahwinan diupacarakan jika dia berpuas hati bahawa tiada apa-apa halangan terhadap perkahwinan itu di bawah Undang-undang, Agama, Adat atau Kelaziman yang terpakai bagi pihak-pihak yang berkahwin itu, dan, jika perkahwinan itu diupacarakan di bawah lesen itu maka perkahwinan itu hendaklah disifatkan sebagai sah”.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Permohonan perkahwinan di bawah Seksyen 11, Akta 164 (Persaudaraan yang dilarang) perlu dimohon untuk mendapatkan kelulusan Ketua Menteri di bawah lesen ini.
  2. Namun permohonan lesen tidak perlukan bagi seseorang yang beragama Hindu yang ingin berkahwin dengan anak perempuan kepada saudara perempuannya (anak saudara perempuan) atau dengan adik lelaki atau abang kepada ibunya (bapa saudara).
  3.  Pemegang pas lawatan pekerja sementara (Temporary Employment), Visa Isteri Atau Suami kepada Warganegara Malaysia (Spouse Visa) bagi perkahwinan terdahulu dan Special Pass selain tujuan perkahwinan adalah tidak diterima. 
  4. Hanya permohonan perkahwinan yang lengkap dan teratur sahaja akan diterima.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang Permohonan Lesen Perkahwinan Bagi Pihak-Pihak Yang Mempunyai Tali Persaudaraan Yang Dilarang (JPN.KC01A).
  2. MyKad / MyPR / MyKAS (Asal dan salinan).
  3. Pasport (Asal dan Salinan muka surat mengandungi maklumat diri).
  4. JPN berhak untuk meminta apa jua dokumen sokongan daripada pemohon sebelum permohonan boleh diterima.
BAYARAN

RM2.00 sekiranya diluluskan.

BORANG

JPN.KC01A

 

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

JENIS PERKAHWINAN BERLESEN

ii)      LESEN JPN.KC01C LESEN PERKAHWINAN TANPA MEMERLUKAN NOTIS PERKAHWINAN DAN PERAKUAN UNTUK PERKAHWINAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 21(1) – TANPA PAMER

PENERANGAN AM
  1. Dipakai bagi semua orang dalam Malaysia dan bagi semua orang yang berdomisil di Malaysia tetapi tinggal di luar Malaysia.
  2. Berdasarkan Bahagian II, Akta 164 menerangkan bahawa perkahwinan yang didaftarkan di bawah Akta ini adalah bersifat monogami di mana tidak ada upacara perkahwinan boleh dilakukan sekiranya perkahwinan seseorang itu masih sah dan berterusan.
  3. Permohonan pendaftaran perkahwinan di bawah Subskesyen 21(1) antara pasangan bukan Islam melibatkan 3 kategori berikut:
    a) Pasangan warganegara Malaysia dengan warganegara Malaysia;
    b) Pasangan warganegara Malaysia dengan bukan warganegara Malaysia; atau
    c) Pasangan bukan waranegara Malaysia dengan bukan warganegara Malaysia.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Pemohon warganegara asing telah berada di Malaysia dalam tempoh tujuh (7) hari berturut-turut sebelum mengemukakan permohonan.
  2. Permohonan boleh dikemukakan pada hari kelapan (8) berada di Malaysia.
  3. Pemohon perlu menjalani sesi temuduga pada hari permohonan dibuat atau pada hari yang berlainan.
  4. Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  5. Sesi temuduga akan dijalankan secara berasingan bagi pasangan perempuan serta pasangan lelaki.
  6. Keputusan adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua menteri / Menteri Besar / Pengarah Negeri.
  7. Golongan Profesional dan kontrak (Bukan Warganegara) tidak dibenarkan memohon.
  8. Hanya permohonan perkahwinan yang lengkap dan teratur sahaja akan diterima.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang JPN.KC01C.
  2. MyKad / MyPR / MyKAS (Asal dan salinan).
  3. Pasport (Asal dan Salinan muka surat mengandungi maklumat diri).
  4. JPN berhak untuk meminta apa jua dokumen sokongan daripada pemohon sebelum permohonan boleh diterima.
BAYARAN

Lesen JPN KC01C – RM100.00 ( sekiranya lulus )

TEMPOH SAH LAKU

Satu (1) Bulan daripada tarikh kelulusan.

JENIS PERKAHWINAN BERLESEN

iii)      LESEN JPN.KC01D (PERKAHWINAN BAGI PASANGAN PEREMPUAN BERUMUR GENAP 16 TAHUN TETAPI DI BAWAH 18 TAHUN MENGIKUT SUBSEKSYEN 21(2))

PENERANGAN AM
  1. Permohonan Lesen Perkahwinan Bagi Pasangan Perempuan Berumur Genap 16 Tahun Tetapi Di Bawah 18 Tahun Mengikut Seksyen 10, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan Dan Perceraian ) 1976 (Akta 164).

    “Pentaksahan Perkahwinan Jika Salah Satu Pihak Berumur Di Bawah Umur Minimum Perkahwinan.

    Mana-mana perkahwinan yang berupa sebagai yang diupacarakan di Malaysia adalah tidak sah jika pada perkahwinan itu salah satu pihak berumur 18 tahun melainkan jika, berkenaan dengan seseorang perempuan yang telah genap umur 16 tahun, pengupacaraan perkahwinan itu telah dibenarkan dengan suatu lesen yang diberi oleh Ketua Menteri di bawah subseksyen 21(2).”

  2. Dipakai bagi semua orang dalam Malaysia dan bagi semua orang yang berdomisil di Malaysia tetapi tinggal di luar Malaysia.
     
  3. Tidak boleh dipakai bagi orang Islam atau bagi seseorang yang berkahwin di bawah hukum syarak dan perkahwinan juga tidak boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah akta ini jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada perkahwinan itu menganut agama Islam.
     
  4. Akta ini juga adalah bersifat monogami di mana tidak ada upacara perkahwinan boleh dilakukan sekiranya perkahwinan seseorang itu masih sah dan berterusan.
     
  5. Permohonan pendaftaran perkahwinan di bawah Subseksyen 21(2) antara pasangan bukan Islam melibatkan 3 kategori berikut:
    a) Pasangan warganegara dengan warganegara
    b) Pasangan warganegara dengan bukan warganegara; atau
    c) Pasangan bukan waranegara dengan bukan warganegara.

  6. Bagi perempuan yang telah genap 16 tahun dan belum mencapai umur 18 tahun, upacara perkahwinan memerlukan lesen daripada Ketua Menteri atau jika diturunkan kuasa kepada Pendaftar Besar / Penolong Pendaftar Besar atau Penguasa Pendaftar.

  7. Permohonan perkahwinan bagi pasangan perempuan genap 16 tahun tetapi di bawah umur 18 tahun hanya boleh diterima di Ibu Pejabat JPN Putrajaya, JPN Ibu Negeri dan JPN cawangan yang menjalankan urusniaga perkahwinan sahaja.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Pemohon perempuan sahaja.
  2. Permohonan dikemukakan bersama RM10.00 bagi bayaran permohonan lesen.
  3. Borang Permohonan Lesen Di Bawah Subseksyen 21(2) (JPN.KC01D) telah diisi lengkap.
  4. Borang dan Akuan Bertulis hendaklah diisi dan ditandatangani di hadapan Pendaftar Perkahwinan.
  5. Tempoh kelulusan bagi pejabat JPN yang diturunkan kuasa Ketua Menteri adalah dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima di kaunter.
  6. Pejabat JPN yang tidak diturunkan kuasa Menteri memerlukan selama empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima di kaunter seperti Negeri Kedah , Negeri Kelantan, Negeri Terengganu dan Negeri Pahang.
  7. Hanya permohonan perkahwinan yang lengkap dan teratur sahaja akan diterima.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang JPN.KC01D.
  2. MyKad (ASAL dan salinan).
  3. Pasport dan Visa yang masih sah laku bagi warganegara asing (ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini di Malaysia).
  4. Akuan sumpah kebenaran berkahwin oleh Ibu / Bapa / Ibu Angkat / Bapa Angkat / Penjaga.
  5. Dokumen pengenalan diri orang yang memberikan persetujuan (Asal dan Salinan).
  6. Laporan Kesihatan ibu mengandung (jika berkaitan).
  7. Dokumen sumber kewangan pasangan lelaki dan perempuan:

    BEKERJA DENGAN MAJIKAN:
    Slip pendapatan / penyata kewangan / penyata bank / ASB yang disahkan oleh majikan.

    BEKERJA SENDIRI:
    Pengesahan Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Kaum / Penggawa / Tuai.

    TIDAK BEKERJA:
    Akuan sumpah yang menyatakan sumber pendapatan.
NOTA TAMBAHAN
  1. Pastikan semua dokumen yang bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan oleh penterjemah bertauliah.
  2. Sekiranya diterjemahkan oleh :
    Kedutaan pemohon di Malaysia perlu juga dicop oleh Kementerian Luar Negeri / Wisma Putra di Putrajaya / Kota Kinabalu / Kuching atau;

    Penterjemah bertauliah di luar negara perlu dicop oleh samada Kedutaan Malaysia di negara tersebut atau Kedutaan Negara tersebut di Malaysia dan disahkan juga oleh Kementerian Luar Negeri / Wisma Putra di Putrajaya / Kota Kinabalu / Kuching

  3. Pastikan dokumen yang telah diterjemah lengkap ditandatangani dan cop jawatan.
BAYARAN

Bayaran Permohonan Lesen – RM10.00

TEMPOH SAH LAKU

Satu (1) Bulan daripada tarikh kelulusan

JENIS PERKAHWINAN BERLESEN

iv)    LESEN JPN.KC01E (LESEN PERKAHWINAN DI LUAR PEJABAT PENDAFTAR)

PENERANGAN AM
  1. Dipakai bagi semua orang dalam Malaysia dan bagi semua orang yang berdomisil di Malaysia tetapi tinggal di luar Malaysia.
  2. Tidak boleh dipakai bagi orang Islam atau bagi seseorang yang berkahwin di bawah hukum syarak dan perkahwinan juga tidak boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah akta ini jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada perkahwinan itu menganut agama Islam.
  3. Akta ini juga adalah bersifat monogami di mana tidak ada upacara perkahwinan boleh dilakukan sekiranya perkahwinan seseorang itu masih sah dan berterusan.
  4. Permohonan pendaftaran perkahwinan di bawah Subskesyen 21(3) antara pasangan bukan Islam melibatkan 3 kategori berikut:
    a) Pasangan warganegara dengan warganegara
    b) Pasangan warganegara dengan bukan warganegara; atau
    c) Pasangan bukan waranegara dengan bukan warganegara.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Pemohon perlu berada di daerah perkahwinan selama tujuh (7) hari sebelum permohonan boleh dikemukakan.
  2. Borang Permohonan Lesen Untuk Mengupacarakan Perkahwinan Di Suatu Tempat Lain Daripada Pejabat Pendaftar (JPN.KC01E) perlu dilengkapkan dan dihantar ke pejabat JPN mengikut lokasi di mana pengupacaraan akan dibuat.
  3. Kedua-dua pasangan perlu hadir ke pejabat semasa permohonan dan untuk semakan tarikh yang bersesuaian.
  4. Tempat pendaftaran yang dibenarkan untuk pengupacaraan perkahwinan adalah seperti berikut:
    i) Rumah
    ii) Hotel
    iii) Dewan serbaguna
    iv) Tempat peranginan
    v)  Restoran
  5. Tempat pendaftaran yang tidak dibenarkan untuk pengupacaraan perkahwinan adalah seperti berikut:
    i) Tempat yang mempunyai risiko tinggi kemalangan seperti bangunan yang tinggi, pantai yang berombak, laut, aktiviti terjun udara dan lain-lain aktiviti yang merbahaya.
    ii) Hospital yang mempunyai risiko jangkitan penyakit seperti kusta, tibi dan lain-lain penyakit berjangkit.
    iii) Rumah Ibadat yang tidak dilantik oleh pihak JPN.
  6. Waktu yang dibenarkan untuk pendaftaran perkahwinan bermula di antara jam 8.00 pagi sehingga jam 8.00 malam atau waktu yang difikirkan sesuai oleh Pendaftar.
  7. Upacara perkahwinan perlu dibuat dalam tempoh dua (2) jam semasa Pendaftar berada di lokasi perkahwinan.
  8. Kesemua borang dan akuan bertulis hendaklah diisi dan ditandatangani di hadapan Pendaftar Perkahwinan.
  9. Permohonan perkahwinan di bawah lesen ini hanya boleh diterima di Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau JPN Ibu Negeri sahaja.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang Permohonan Lesen Untuk Mengupacarakan Perkahwinan Di Suatu Tempat Lain Daripada Pejabat Pendaftar (JPN.KC01E).
  2. MyKad (ASAL dan salinan).
  3. Pasport dan Visa (yang masih sah laku) / MyKAS / MyPR bagi warganegara asing (ASAL dan salinan).

    Bagi pemegang Pasport dan Visa salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini di Malaysia adalah diperlukan).
  4. JPN berhak untuk meminta apa jua dokumen sokongan daripada pemohon sebelum permohonan boleh diterima.
BAYARAN

Bayaran Permohonan Lesen – RM500.00 (jika diluluskan)

TEMPOH SAH LAKU

Satu (1) Bulan daripada tarikh kelulusan

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: