Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

PENDAFTARAN PERKAHWINAN DI PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN (KUIL / GEREJA / PERSATUAN AGAMA) DI BAWAH AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 [AKTA 164]

PENERANGAN AM
  1. Kedua-dua pasangan adalah Warganegara Malaysia dan tidak terpakai kepada Warganegara Asing.
  2. Penolong Pendaftar Perkahwinan adalah dilantik oleh Pendaftar Besar di bawah Seksyen Seksyen 28(3), Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].
  3. Pihak-pihak kepada perkahwinan itu atau salah seorang daripada mereka hendaklah menganuti agama, adat dan kelaziman yang diamalkan oleh Gereja / Kuil / Persatuan tersebut.
  4. Seorang Penolong Pendaftar Perkahwinan hanya boleh mengupacarakan dan mendaftar sesuatu perkahwinan mengikut upacara dan istiadat agama rumah ibadat itu.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Pasangan perlu hadir ke kaunter JPN untuk membuat semakan serta pengesahan maklumat taraf perkahwinan di Borang JPN.KC01F daripada mana-mana pejabat JPN seluruh Malaysia.
  2. Pasangan perlu membuat Akuan Berkanun di ruangan D di dalam Borang JPN.KC01F sebelum permohonan diterima di kaunter JPN.
  3. Pihak-pihak itu hendaklah masing-masingnya lelaki dan perempuan.
  4. Pasangan hendaklah bersetuju secara rela hati terhadap perkahwinan itu.
  5. Tiap-tiap perkahwinan hendaklah diupacarakan di hadapan dua orang saksi yang boleh dipercayai dan berumur 21 tahun ke atas.
  6. Tiada sesuatu rintangan yang sah terhadap perkahwinan itu.
  7. Pendaftaran perkahwinan hendaklah dilakukan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh Akuan Berkanun di ruangan D dalam Borang JPN.KC01F yang lengkap diterima daripada pemohon.
  8. Pemohon perlu mendapatkan kelulusan Lesen atau Persetujuan Perkahwinan daripada :
    a) Ketua Menteri / Menteri Besar atau Penguasa Pendaftar:
        i) Lesen JPN.KC01A, sekiranya pasangan yang ingin berkahwin mempunyai hubungan tali persaudaraan yang dilarang.
        ii) Lesen JPN.KC01D, sekiranya pemohon berumur genap 16 tahun tetapi kurang daripada 18 tahun.

    b) Persetujuan Bapa/Ibu/Penjaga:
        i) Persetujuan Perkahwinan JPN.KC01B, sekiranya pemohon berumur genap 18 tahun tetapi kurang daripada 21 tahun.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
  1. Borang JPN.KC01F yang telah disemak oleh JPN.
  2. 1 keping Gambar Berwarna Ukuran Passport (berlatar belakang biru atau putih) Setiap Pasangan. Gambar Selfie tidak dibenarkan.
  3. MyKad (ASAL dan Salinan fotostat)
  4. Jika bercerai (Duda/ Janda) – Dekri Nisi Mutlak atau Sijil Perceraian (Asal dan salinan fotostat).
  5. Jika pasangan meninggal dunia (Duda/Balu) – Sijil Kematian Suami/ Isteri (Asal dan salinan fotostat).
  6. Surat Kebenaran Berkahwin yang dikeluarkan oleh Ketua Pejabat / Markas berkenaan untuk anggota Polis dan Tentera (letterhead Jabatan), sekiranya berkaitan (ASAL).
  7. Dokumen pengenalan diri (ASAL dan salinan fotostat) dua (2) orang saksi berumur 21 tahun ke atas yang menjadi saksi semasa pengupacaraan perkahwinan.
BAYARAN

RM20.00

BORANG

JPN.KC01F

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: