Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

PENDAFTARAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA BAGI PEMOHON BUKAN BERAGAMA ISLAM DENGAN PERMOHONAN TANPA LESEN DI BAWAH AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 [AKTA 164]

PENERANGAN AM

Perkahwinan Tanpa Lesen adalah permohonan di mana pemohon lelaki atau perempuan yang berumur genap 21 tahun ke atas. Pemohon adalah berstatus Bujang / Duda / Janda / Balu. Pemohon perlulah secara sukarela untuk mendaftarkan perkahwinan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Pemohon dikehendaki hadir ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau di Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara untuk mengemukakan permohonan pendaftaran perkahwinan.
  2. Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran perkahwinan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengikut daerah berdasarkan alamat yang tercatat di dalam MyKad.

  3. Pastikan pemohon telah memperolehi surat Pengesahan Taraf Perkahwinan untuk kegunaan di dalam negara bagi tujuan perkahwinan di antara pasangan warganegara Malaysia bersama pasangan bukan warganegara Malaysia (Keputusan Semakan Surat Akuan Bujang Luar Negara) dari JPN Ibu Pejabat Putrajaya atau JPN Ibu Negeri sebelum mengemukakan permohonan pendaftaran perkahwinan di daerah berkenaan.

  4. Bagi pemohon yang mengemukakan borang permohonan pendaftaran perkahwinan di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara, permohonan akan dihantar ke pejabat JPN mengikut daerah alamat di dalam Mykad untuk dipamerkan selama 21 hari dan tidak melebihi 3 bulan.

  5. Pengupacaraan perkahwinan akan dilaksanakan selepas tamat 21 hari dan tidak lebih daripada tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan diterima. Bagi permohonan yang telah tamat tempoh 6 bulan perlu mengemukakan permohonan semula.

  6. Tempat permohonan adalah berdasarkan kepada daerah alamat yang tercatat dalam MyKad manakala tempat pengupacaraan perkahwinan pemohon boleh memilih di mana-mana Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang dikehendaki.
DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN

Pemegang MyKAD / MyPR / MyKAS

  1. Borang JPN.KC02
  2. Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport (latar belakang biru atau putih)
  3. MyKad
  4. Surat Kebenaran Berkahwin bagi:

    Anggota Polis
    i) Surat Pengesahan Kebenaran Berkahwin (Asal dan salinan) atau;
    ii) Lampiran A (HRMIS) lengkap ditandatangani oleh Pegawai Atasan.

    Anggota Tentera
    i) Surat Pengesahan Kebenaran Berkahwin (Asal dan salinan) dari tempat bertugas.
  1. Akuan berkanun sekiranya perlu.
  2. Dekri Nisi Mutlak / sijil perceraian jika status belum dikemaskini.
  3. Sijil kematian pasangan terdahulu jika berkaitan sekiranya status belum dikemaskini
  4. Sijil Lahir ASAL dan Salinan (MyPR dan MyKAS)

 

Bukan Warganegara (Pasport)

  1. Pemohon hendaklah bermastautin selama tujuh (7) hari di daerah perkahwinan. Pemohon boleh mengemukakan borang permohonan pendaftaran perkahwinan pada hari kelapan (8) di pejabat JPN yang berkenaan.
  2. Bagi permohonan pendaftaran perkahwinan di mana salah satu pihak atau kedua-duanya adalah warganegara asing, pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan di pejabat JPN sahaja.
  3. Pemegang pas lawatan pekerja sementara (Temporary Employment), visa Isteri Atau Suami kepada Warganegara Malaysia (Spouse Visa) dan Special Pass tidak boleh mengemukakan permohonan perkahwinan kecuali Special Pass untuk tujuan perkahwinan.
  4. Warganegara asing yang memegang pas pelajar WAJIB mendapat surat pengesahan pas (Ruj. IM.101/HQ-H/1141/2) dari Jabatan Imigresen Malaysia (ASAL dan salinan).
  5. Warganegara Vietnam perlu mendapatkan cop pengesahan dari Kedutaan Vietnam di Malaysia bagi semua dokumen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Vietnam.
  6. Pemohon bukan beragama Islam dari Negara Islam (Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Pakistan, Bangladesh, Syria, Uzbekistan, Kazakhstan dan negara-negara lain) dikehendaki untuk mendapatkan surat pengesahan dari Kerajaannya bahawa pemohon bukan beragama Islam. Jika negara selain di atas JPN berhak untuk meminta apa jua dokumen sokongan sebelum permohonan boleh diterima (jika perlu). 
    Sijil Baptism / Affidavit / Notary Certificates Apostille / Akuan Berkanun TIDAK DITERIMA.

  7. Semasa permohonan pendaftaran perkahwinan dikemukakan, jika pemohon tidak memahami Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyediakan perkhidmatan jurubahasa.
  8. Terjemahan yang dilakukan di Mahkamah Malaysia, Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM) atau penterjemah bertauliah di Malaysia adalah diterima. Bagi terjemahan yang dibuat di Kedutaan atau oleh penterjemah yang bertauliah di luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan tersebut dan disahkan semula oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang JPN.KC02
    (Bagi pemohon yang tidak memahami Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, akuan di Bahagian D di dalam Borang JPN.KC02 perlu diterjemahkan ke dalam bahasa yang difahaminya oleh jurubahasa bertauliah).
  2. Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport (latar belakang biru atau putih) .
  3. Pasport ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri, tarikh ketibaan terkini ke Malaysia serta visa / pas yang sahlaku.
    (Pengesahan Rekod Maklumat / Pergerakan Keluar Masuk Negara dari Jabatan Imigresen sekiranya tiada maklumat pergerakan keluar masuk daripada negara berkenaan atau negara Malaysia).

  4. Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Kerajaannya (ASAL dan salinan):

    i)Perlu disahkan oleh pihak perwakilan Malaysia di negara pemohon atau kedutaan negara pemohon di Malaysia DAN

    ii)Disahkan semula oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.

  5. Affidavit / Notary Certificates Apostille / Akuan Berkanun mengenai Pengesahan Taraf Perkahwinan TIDAK DITERIMA.
  6. Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan warganegara asing yang tidak mempunyai tempoh sahlaku akan disifatkan sebagai sah untuk 6 bulan sahaja dari tarikh surat tersebut dikeluarkan.
  7. Sijil kelahiran pemohon (ASAL dan salinan).
  8. Warganegara Nigeria yang lahir sebelum tahun 1988 perlu mengemukakan National Population Commission (Attestation Of Birth).
  9. Surat pengesahan MESTI dikemukakan dari Kerajaan atau Kedutaan pemohon sekiranya maklumat tidak lengkap di dalam sijil kelahiran / pasport / surat pengesahan taraf perkahwinan dan PERLU disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).
  10. Surat Pengesahan Pas Bagi Tujuan Perkahwinan Dengan Warganegara Asing daripada Jabatan Imigresen sekiranya diperlukan.
  11. Dekri Nisi Mutlak / Sijil Perceraian (ASAL dan salinan) jika berkaitan.
  12. Sijil / Daftar Kematian pasangan terdahulu (ASAL dan salinan) jika berkaitan.
  13. Keputusan Semakan Akuan Bujang Luar Negara (Surat Kebenaran) yang dikeluarkan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya atau JPN Ibu Negeri.
  14. Household Family Registry’ yang dikeluarkan oleh kerajaan China perlu dikemaskini sehingga ke tarikh terkini.
  15. JPN berhak untuk meminta apa jua dokumen sokongan daripada pemohon sebelum permohonan boleh diterima.
NOTA
  1. Semua dokumen yang bukan di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan oleh penterjemah bertauliah.
  2. Terjemahan yang dilakukan di Mahkamah Malaysia, Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM) atau penterjemah bertauliah di Malaysia adalah diterima. Bagi terjemahan yang dibuat di Kedutaan atau oleh penterjemah yang bertauliah di luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan tersebut dan disahkan semula oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).
BAYARAN

RM10.00 – Perakuan Perkahwinan

Rm20.00 – Pendaftaran Perkahwinan

BORANG

JPN.KC02

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: