Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

PERSETUJUAN PERKAHWINAN BAGI SESEORANG YANG TELAH GENAP 18 TAHUN TETAPI BELUM GENAP 21 TAHUN. (JPN.KC01B)

PENERANGAN AM

Tertakluk di bawah Seksyen 12, Akta 164, seseorang yang belum genap umur 21 tahun, walaupun telah mencapai umur dewasa sebagaimana ditetapkan oleh Akta Umur Dewasa 1971, adalah juga dikehendaki, sebelum berkahwin, mendapatkan persetujuan bertulis:

a) bapanya atau ibunya;
b) jika orang itu adalah tak sah taraf, ibunya;
c) jika orang itu seorang anak angkat, bapa angkatnya atau ibu angkatnya; atau
d) jika kedua-dua ibu bapanya (ibu bapa sebenar atau ibu bapa angkat ) telah mati, orang yang mengambil tempat ibu bapanya sebelum dia mencapai umur itu ; atau
e) daripada Mahkamah Tinggi Malaysia.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Borang Persetujuan Perkahwinan (JPN.KC01B) yang perlu ditandatangani di hadapan Pendaftar Perkahwinan atau Perwakilan Malaysia di luar negara.
  2. Kehadiran pemohon bersama-sama dengan salah seorang dari kategori hubungan seperti disenaraikan di Seksyen 12, Akta 164.
  3. Hanya permohonan perkahwinan yang lengkap dan teratur sahaja akan diterima.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang Persetujuan Perkahwinan (JPN.KC01B).
  2. Dokumen pengenalan diri orang yang memberikan persetujuan.
  3. MyKad (ASAL dan salinan).
  4. Pasport dan Visa (yang masih sah laku) / MyKAS / MyPR bagi warganegara asing (ASAL dan salinan).
    Bagi pemegang Pasport dan Visa salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini di Malaysia adalah diperlukan).
  5. JPN berhak untuk meminta apa jua dokumen sokongan daripada pemohon sebelum permohonan boleh diterima.
BAYARAN

Tiada Bayaran dikenakan

TEMPOH SAHLAKU

Tiada tempoh sahlaku

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: