FAQ
Contact Us
Complaints
Sitemap

Carian / Cabutan Daftar Kelahiran Dari Luar Negara

Penerangan Pemohon

Permohonan untuk mendapatkan carian / cabutan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan dari Luar Negara.

Syarat / Kelayakan Permohonan

Permohonan carian / cabutan daftar kelahiran boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut:
1. Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Pasport.
2. Ibu atau bapa (termasuk ibu atau bapa angkat atau ibu atau bapa tiri)
3. Suami atau isteri yang sah.
4. Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri).
5. Adik-beradik (termasuk adik-beradik angkat).

Prosedur Permohonan

Pemohon dikehendaki hadir di Kedutaan Malaysia yang berhampiran di negara berkenaan.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan

• Borang JPN.LM12 yang telah diisi dengan lengkap.
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (Salinan).
• Sijil Kelahiran pemohon (Salinan).
• Pasport pemohon (Salinan).

Salinan dokumen yang ingin dikemukakan ke JPN perlu disahkan oleh pihak Kedutaan Malaysia di negara berkenaan.

Bayaran

Cabutan Daftar Kelahiran – Fi Permohonan
RM 5.00

Keputusan Carian Daftar Kelahiran – Fi Permohonan
RM 10.00

Borang

Borang JPN.LM12

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: