Soalanlazim1
Hubungikami1
Aduan1
Petalaman1

Birth

PENDAFTARAN KELAHIRAN DALAM TEMPOH PKP

        Untuk kelahiran yang memasuki fasa lewat ketika pendaftaran iaitu selepas 60 hari kelahiran bagi Semenanjung dan 42 hari bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, serta berlaku antara 18 Januari 2020 sehingga 90 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan dan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 tamat, pemaklum tidak perlu mengisi borang daftar lewat kelahiran, tetapi hanya perlu mengisi borang daftar kelahiran biasa dan disertakan dengan 2 Akuan Berkanun (Borang Am 80 – klik untuk muat turun) dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan untuk pendaftaran kelahiran biasa. Akuan Berkanun ini perlu menyatakan sebab “pelaporan kelahiran adalah dalam tempoh PKP atau PPN”.

        Akuan Berkanun ini perlu ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah oleh dua individu ( ibu /bapa/ahli keluarga/individu yang mengetahui tentang kelahiran tersebut). Akuan Berkanun yang telah lengkap hanya perlu di bawa oleh salah seorang yang menandatangani Akuan tersebut ke pejabat JPN untuk mendaftarkan kelahiran.

        Pendaftaran kelahiran yang memasuki fasa lewat dalam tempoh PKP atau PPN (Fasa 1 dan Fasa 2) diberi pengecualian fi sebanyak RM50 (Semenanjung Malaysia) dan RM10 (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Pengecualian ini hanya terpakai bagi kelahiran yang berlaku antara 18 Januari 2020 sehingga 90 hari selepas PKP dan PPN Fasa 2 tamat.
RECOGNITION AND CERTIFICATION


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my): pro

(C) Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Articles View Hits
672076