Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Carian / Cabutan Daftar Kelahiran Dari Luar Negara

Penerangan Pemohon

Permohonan untuk mendapatkan carian / cabutan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan dari Luar Negara.

Syarat / Kelayakan Permohonan

Permohonan carian / cabutan daftar kelahiran boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut:

  1. Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Pasport.
  2. Ibu atau bapa (termasuk ibu atau bapa angkat atau ibu atau bapa tiri).
  3. Suami atau isteri yang sah.
  4. Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri seibu/sebapa).
  5. Adik-beradik (termasuk adik-beradik kandung/adik-beradik angkat/adik-beradik seibu/sebapa).
  6. Datuk/nenek dari ibu/bapa kandung.
  7. Cucu kandung.
  8. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM (Borang 13) / Perintah Mahkahmah.
Prosedur Permohonan

Permohonan dikehendaki hadir di Pejabat  Perwakilan Malaysia/Kedutaan Malaysia yang berhampiran di negara berkenaan.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan

 

  • Borang JPN.LM12 (kelahiran di Semenanjung)/ Borang N1 (kelahiran di Sabah)/ Borang X (kelahiran di Sarawak) yang telah diisi dengan lengkap (asal).
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan).
  • Sijil Kelahiran pemohon (asal dan Salinan - jika ada)
  • Surat Litup dari Pejabat Perwakilan Malaysia /Kedutaan Malaysia.
  • Pasport pemohon (salinan).
  • Resit bayaran cabutan sijil kelahiran berjumlah RM5.00 / resit bayaran pemohonan (Keputusan Carian Daftar Kelahiran) berjumlah RM10.00.

Pejabat Perwakilan Malaysia /Kedutaan perlu membuat pengesahan ke atas salinan dokumen yang dikemukakan sebelum menghantar dokumen tersebut ke JPN Putrajaya untuk diproses.

Bayaran

 

Fi Permohonan (Keputusan Carian Daftar Kelahiran) - RM10.00

Cabutan Daftar Kelahiran – RM5.00

Borang

Borang JPN.LM12

Borang N1

Borang X

Makluman: Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan. Sekiranya tiada borang asal, borang salinan boleh digunakan.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: