Hebahan

MAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER JPN NEGERI SEMBILAN PADA 27 OGOS 2016 (SABTU)

MAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER JPN NEGERI SEMBILAN PADA 27 OGOS 2016 (SABTU)

Dimaklumkan kaunter JPN Negeri Sembilan yang beralamat di Tingkat 1, Wisma Persekutuan, Jalan Dato’ Abdul Kadir, 70551 Seremban akan ditutup pada 27 Ogos 2016 (Sabtu) berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem elektrikal bangunan yang dijalankan oleh pihak pengurusan bangunan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Read more...

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) UTC Kota Kinabalu, Sabah yang telah menerima Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) UTC Kota Kinabalu, Sabah yang telah menerima Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh MAMPU JABATAN PERDANA MENTERI dengan kategori “CEMERLANG”

Terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi, Ahli Jawatankuasa EKSA JPN UTC Kota Kinabalu, Sabah serta seluruh warga JPN UTC Kota Kinabalu, Sabah di atas komitmen dan usaha bersama ke arah Pensijilan Cemerlang EKSA. Usaha dan komitmen berterusan daripada warga JPN adalah diharapkan agar pelaksanaan EKSA dapat dilaksanakan secara istiqamah dan dibudayakan dalam pelaksanaan tugas harian.

Read more...

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu yang telah menerima Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu yang telah menerima Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh MAMPU JABATAN PERDANA MENTERI dengan kategori “CEMERLANG”

Terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi, Ahli Jawatankuasa EKSA JPN Terengganu serta seluruh warga JPN Terengganu di atas komitmen dan usaha bersama ke arah Pensijilan Cemerlang EKSA. Usaha dan komitmen berterusan daripada warga JPN adalah diharapkan agar pelaksanaan EKSA dapat dilaksanakan secara istiqamah dan dibudayakan dalam pelaksanaan tugas harian.

Read more...

OPERASI HUJUNG MINGGU JPN PULAU PINANG (GEORGETOWN) DITUTUP PADA 23 JULAI 2016 (SABTU)

OPERASI HUJUNG MINGGU JPN PULAU PINANG (GEORGETOWN) DITUTUP PADA 23 JULAI 2016 (SABTU)

Dengan ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa JPN Pulau Pinang (Georgetown) tidak akan beroperasi pada 23 Julai 2016 (Sabtu).

Penutupan adalah berikutan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik bangunan yang akan dilakukan oleh pihak Pengurusan Bangunan dan ianya akan mengganggu bekalan elektrik ke seluruh bangunan.

Sebarang urusan berkaitan JPN boleh dilakukan pada hari bekerja berikutnya iaitu pada 25 Julai 2016 (Isnin).

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03-8880 7077 atau e-mel di pro@jpn.gov.my .

Sekian, harap maklum.

Tamat

Read more...

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pejabat JPN akan ditutup bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

*Jadual Penutupan Operasi Kaunter JPN adalah sebagaimana berikut :

Bil. Tarikh Cuti Negeri terlibat
1 6 – 10 Julai 2016

(Rabu – Ahad)

  • Ibu Pejabat JPN Putrajaya
  • Semua Ibu Pejabat JPN Negeri dan cawangan JPN (kecuali Kelantan)
  • JPN UTC Terengganu
  • JPN UTC di Negeri Kedah
2 6 – 9 Julai 2016

(Rabu – Sabtu)

  • JPN Negeri Kelantan
  • JPN UTC Johor
  • JPN UTC di W.P. Kuala Lumpur
  • JPN UTC Sabah
  • JPN UTC Perak
3 6 – 8 Julai 2016

(Rabu – Jumaat)

  • JPN UTC Melaka
  • JPN UTC Pahang
  • JPN UTC di Negeri Sarawak
  • JPN UTC Labuan

*Tertakluk kepada pindaan semasa

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel di pro@jpn.gov.my.

Sekian, harap maklum.

Read more...

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan / Tetamu, Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian

03 – 8880 7077  atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu/ Ahad / Hari Kelepasan Am : TUTUP
Waktu Rehat :
1.00 petang – 2.00 petang (Isnin – Khamis)
12.15 tengahari – 2.45 petang (Jumaat Sahaja)
Read more...
Font Resize
X