Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan
Peta  Laman

Command Set MyKad

Command Set MyKad

Command Set MyKad adalah set arahan pengaturcaraan untuk tujuan membaca dan menulis data ke dalam cip kad pintar kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara seperti MyKad, MyTentera, MyKid dan MyPR. Antara maklumat dalam cip yang boleh dicapai adalah No Kad Pengenalan, Nama, Alamat, Gambar dan Cap Jari.

Pra-Syarat

Pemohon adalah sama ada sebuah syarikat, syarikat tunggal (sole-proprietorship), rakan kongsi (business partners), badan kerajaan atau swasta yang diperbadankan oleh kerajaan.

Prosedur Permohonan
  • Borang permohonan boleh diperolehi dari laman sesawang www.jpn.gov.my atau klik pada hiperpautan berikut : Terma dan syarat (RK-JPN-TM-PP-11-01) dan borang permohonan (RK-JPN-TM-PP-11-02).
  • Pemohon perlu membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat sebelum mengemukakan permohonan.
  • Semua dokumentasi sokongan seperti di dalam borang permohonan hendaklah dihantar bersama borang permohonan. Borang yang tidak lengkap akan ditolak.

    Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar kepada :

    Pengarah,
    Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
    Aras 12, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara,
    No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62551 Putrajaya.

 

Syarikat Yang Mempunyai NDA Command Set JPN
  1. Integrity Business Solution Sdn. Bhd.
  2. Securemetric Technology Sdn. Bhd.
  3. TricubesNCR JV Sdn. Bhd.
  4. Kridentia Tech Sdn. Bhd.
  5. Pradotec Services & Sales Sdn. Bhd.
  6. Incore Innovation Sdn. Bhd.
  7. Iris Information Technology System Sdn. Bhd.
  8. Finexus Cards Sdn. Bhd.
  9. Dermalog Biometric Sdn Bhd
  10. Datasonic Technologies Sdn Bhd
Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Command Set boleh emelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

Faks : 03-8880 7623 (BTM @ 7622 PA PBTM)

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN
cert1
cert2
cert3
cert4
cert5

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
© Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kemaskini: