MSC Malaysia berbangga untuk berkongsi dengan seluruh dunia ciptaan inovasi negara bagi meningkatkan kualiti dan gaya hidup melalui kecanggihan teknologi Kad Pintar Kerajaan atau dikenali sebagai MyKad.
MyKad mempunyai aplikasi yang dapat diakses dengan pantas dan selamat untuk menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan, pembayaran, pengaksesan, perniagaan dan servis peruncitan.
Ciri keselamatan termasuklah pengesahan menggunakan kekunci simetri kriptografi, sistem operasi pelbagai lapisan dengan ‘firewall’ serta landasan cip yang selamat. MyKad menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi tujuan pengenalan diri. Biometrik yang digunakan adalah gambar berwarna pemegang kad dan Sijil Digital untuk pengesahan diri.