“28 Februari 2024 – Satu Forum Inovasi Jabatan Pendaftaran Negara Tahun 2024 telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Pemodenan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi pengalaman pembangunan projek inovasi dan menyebar luas amalan terbaik dalam pelaksanaan dan pembudayaan inovasi.
Pada sesi forum ini, pihak penganjur telah menjemput seramai tiga ahli panel yang berpengalaman luas dalam bidang inovasi iaitu Profesor Madya Dr. Zainiharyati binti Mohd Zain dari Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam, Puan Shahiena Azli binti Abdul Azis dari Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) dan Puan Nik Nurashikin binti Nik Mansor dari Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Sumber Asli.”