Penutupan Sementara Operasi Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA(JPN), CAWANGAN PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) TAWAU
Adalah dimaklumkan bahawa operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau ditutup sementara mulai 9 April 2021 (Jumaat) hingga 22 April 2021 (Khamis). Penutupan ini adalah arahan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Cawangan Tawau bagi tujuan menjalankan kerja-kerja sanitasi dan nyahkuman di pejabat JPN Cawangan UTC Tawau.
JPN Cawangan UTC Tawau akan beroperasi semula pada 23 April 2021 (Jumaat).