Pemohon yang telah mencapai umur 16 tahun atau lebih dan tidak pernah memiliki kad pengenalan serta berada di Malaysia sepanjang tempoh berkenaan hendaklah memohon Daftar Lewat Kad Pengenalan.
Pemohon mestilah berumur genap 16 tahun atau lebih.
Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur
2.1. Ibu atau Bapa; atau
2.2. Penjaga. (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun.)
Pemohon tidak pernah membuat permohonan atau memiliki Kad Pengenalan dan berada di dalam Malaysia sepanjang tempoh umur 12 hingga 16 tahun.
Borang-borang berikut perlu diisi dengan lengkap (dapatkan di kaunter JPN):
4.1. Borang Permohonan JPN.KP01;
4.2. Surat Akuan (Borang JPN DL-1);
4.3. Borang Keterangan Pendaftaran Lewat Kad Pengenalan oleh Ibu atau Bapa atau Penjaga (Borang JPN DL-2);
4.4. Cabutan Daftar Sekolah (Borang JPN DL-3);
4.5. Surat Akuan bagi Kanak-Kanak yang Tidak Pernah Bersekolah (Borang JPN DL-4);
4.6. Borang Maklumat Keluarga (BMK.81 & BMK.81A); dan
4.7. Borang RK-JPN-KP-PU-06-03 (jika penganjur selain daripada yang dibenarkan).
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan.
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.
Bagi urusan, sila gunakan borang asal.