Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang tidak berada di Malaysia sepanjang tempoh umur 12 hingga 16 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiba di Malaysia.
Pemohon mestilah hadir di pejabat JPN Ibu Negeri atau JPN Ibu Pejabat sahaja dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal dan salinan).
Warganegara
Jadual Pembayaran 6A
Bayaran Kad Pengenalan(MyKad) Bagi OBT
Perkara | Bayaran Proses (RM) | Jumlah Bayaran (RM) |
---|---|---|
Tarikh permohonan – Tarikh Tiba di Pasport < 30 hari | PERCUMA | TIADA BAYARAN |
30 Hari < Tarikh permohonan – Tarikh Tiba di Pasport ≤ 60 hari | 10.00 | 10.00 |
Permohonan Kad Pengenalan Bagi Orang Baru Tiba (OBT) (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.
Bagi urusan, sila gunakan borang asal.