Mengikut Peraturan 3(2), Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap anggota polis atau tentera yang telah tamat perkhidmatan adalah wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat tamat perkhidmatan polis atau tentera.
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan (asal dan salinan).
Dokumen Pemohon (Asal Dan Salinan)
1.1 Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran.
1.2 Surat tamat perkhidmatan polis atau tentera.
Dokumen Sokongan
2.1 Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
Bayaran PERCUMA.
Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.