Soalanlazim1
Hubungikami1
Aduan1
Petalaman1

Pendaftaran Kelahiran Biasa

Penerangan Pemohon

Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Syarat Permohonan

Permohonan pendaftaran kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut:
Ibu atau bapa kanak-kanak;
Penjaga kanak-kanak yang sah;
Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak.

Prosedur Permohonan

Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara
dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan (asal dan salinan)

DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)

  • Borang A dan Borang N1 (cabutan) diisi dengan lengkap;
  • Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
  • Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) (asal dan salinan); dan
  • Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-Kanak, (asal dan salinan).


DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport bagi ibu dan bapa kanak-kanak
serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);
Sjil Perkahwinan atau Perceraian atau Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak
(asal dan salinan).

DOKUMEN PEMAKLUM (ASAL DAN SALINAN)
Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan);

Bayaran
Percuma
Permohonan Pendaftaran Kelahiran Biasa

Borang N1 - Permohonan Carian/Cabutan

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.
Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000 | Faks: 03-8880 8288 |
Emel(@jpn.gov.my): pro

(C) Hakcipta Terpelihara 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Jumlah Capaian
672076